AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KENANGAN Sempena ULANGTAHUN KELAHIRAN DIHA 1 MEI 2020

Kongsikan kepada yang lain
Share


Sempena Eidul Milad Bonda Ummu Hatijah Aam, 1 Mei 2020, mohon izin untuk kongsikan sebuah hadiah yang termahal ini:

Bila malam sudah sepi sekali aku pun terjaga dari tidur. Tuhan buatkan aku tidak boleh tidur lagi. Tuhan ganggu aku dengan kematian yang tidak lama lagi akan berlaku. Aku pun terus bertanya kepada Tuhan yang empunya malamNya, mengajak aku bercakap ;

“Engkau ceritakan pada aku gambaran kematian yang akan berlaku itu.”

Maka Tuhanku yang Penyayang itu pun teruslah respon. Aku bermimpi didatangi seorang kawanku yang baru sahaja meninggal dunia. Aku dalam keadaan menggigil dan menangis, dia berkata,

“Tuhanku menghidupkan aku kembali setelah dimatikanku. Mati itu sungguh menakutkan.”

Kawanku itu meraung sesungguh hati yang menyebabkan satu dunia boleh dengar.

“Datanglah malaikat yang bertanya tentang sembahyang dan tentang zikir, oleh kerana tak mampu menjawab aku menjerit dengan nada yang sangat tinggi. Satu dunia boleh dengar. Dalam keadaan penuh ketakutan, menangis dan menggigil kawanku berpesan,

“Bersiaplah untuk mati, kerana ia cukup menakutkan.”

Kemudian aku terjaga. Lalu di malam yang sepi, aku mengenang-ngenangkan kematianku. Bagaimana Tuhan akan perlakukan kepada hamba sepertiku? Aku menangis di depan Tuhan, mohon belas kasihan. Aku bertaubat sepanjang masa yang masih ada ini. Moga-moga hari itu adalah hari kejayaan yang paling besar bagi seluruh kehidupan yang aku jalani ini. Tuhan, matikan aku dalam keadaan Engkau sudah meredhaiku. Aamiin

Tulisan yang dikasihi Bonda Ummu di malam 1 May 2013 (Tarhil Jeddah)




anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *