Besar Juga Jasa Bung Karno
Salam ceria.
Rupanya ada jasa Bung Karno nun di bumi Imam Al Muhaddisin, Imam Al-Bukhari di Bukhara atau sekarang dalam negara Uzbekistan. Bung Karno pula punyai karismatik yang membuatkan orang hormat dan takut. Lebih-lebih lagi sebagai ketua negara yang punyai bilangan umat Islam terbesar di dunia.
Walaupun Indonesia kekal sebagai negara yang mempunyai penduduk Muslim teramai di dunia tetapi sosok tubuh pemimpin yang wibawa seperti Bung Karno seakan-akan sudah tiada.
Akhir zaman begini, untuk naikkan wibawa satu bangsa kena perjuangkan agamanya. Islam pasti akan diterima bila diamalkan sebagai cara hidup. Alhamdulillah di Tashkent, GISBH telah mempunyai sebuah restoran yang sangat berwibawa. Moga-moga GISBH boleh membawa contoh Muslim dari Timur yang mengamalkan Al-Quran dan Hadis-hadis yang dikumpulkan oleh ulama dahulu yang bukan sahaja sangat menjaga hadis sanad dan matannya tetapi sangat yakin dan beramal dengan hadis berbeza dengan umat akhir zaman yang kebanyakkannya menjadikan hadis dan lain-lain ilmu Islam sebagai modal bermujadalah sedangkan makan, minum dan seluruh kehidupannya dibiarkan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Restoran Nur Malaysia Tashkent
Kunjungan Tetamu dari Malaysia ke Restoran Nur Malaysia Tashkent
GISBH mengambil pendekatan untuk terus tinggal di Uzbekistan untuk mendekati penduduknya yang berketurunan Muslim tetapi terlalu jauh dari pengamalan Islam yang sebenar kerana pelbagai faktor khasnya terlalu lama di bawah pemerintahan komunis. Moga usaha-usaha GISBH dibantu Allah dan diberkati.
Rombongan GISBH melawat makam Imam Bukhari