Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020
Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020
- Kepatuhan rakyat memuaskan.
- Peratusan sembuh tinggi.
- Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
- Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
- Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
- Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
- Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
- Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 – 18 bulan.
- Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
- Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
- LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
- BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
- PM menasihati supaya rakyat bersabar.
- Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
- Pastikan rumah sentiasa bersih.
- Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
- Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
- SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula.
- Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
- Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
- 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
- Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
- Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
- Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
- Selamat Menjalani ibadah puasa.
Sekian.
Disediakan dan diringkaskan oleh:
AR.Azmil