Agong minta jangan buang pekerja
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta majikan tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenangnya dengan alasan impak pandemik COVID-19 kepada ekonomi negara.
Baginda bertitah, banyak industri dan perniagaan terjejas akibat wabak ini.
“Semua pihak hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi meringankan bebanan rakyat jelata dan juga menyelamatkan ekonomi negara,” titahnya pada majlis istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.