AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Jangan heret negara ke kancah politik sekali lagi – Agong

Kongsikan kepada yang lain
Share
Baginda bertitah, usaha untuk negara terus mendaki kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan. Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19.

Baginda bertitah, wakil rakyat perlu sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai masalah dan membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa selain kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik COVID-19.

“Sesungguhnya perpaduan dan keharmonian bermula dalam dewan yang mulia ini dan beta yakin rakyat akan terus erat bersatu padu dan sepakat dalam membangunkan negara jika rakyat tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, baginda menaruh keyakinan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus membawa negara ke landasan yang tepat.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan adil dalam urusan pelantikan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.

“Beta menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini.

“Nasihat beta, laksana amanah ini dengan jujur dan penuh tangunggjawab serta jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Dewan Rakyat pada 25 dan 26 Februari lalu untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka, selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Beta juga menitahkan semua wakil parti yang mempunyai calon dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri dan melanjutkan masa untuk mereka membuat perhitungan secara demokrasi,” titah baginda.

Titah baginda, kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa penghujung, justeru setelah melalui semua proses tersebut dan selaras perlembagaan Persekutuan, baginda mendapati Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seterusnya layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sedutan Sidang Parlimen

Kredit: AstroAwani

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *