AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Nasyid: WAHAI RAMADHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

WAHAI RAMADHAN

Wahai Ramadhan kedatangan Mu kali ini
Berlainan sungguh ku rasa
Rasa serba tidak kena
Mengenang puasa ku yg lalu
Aku rasa sedih oh sedih sekali

Kerana sudah beberapa kali
Aku mensia siakan Mu Ramadhan
Aku sudah tidak beradab dengan Mu
Tak beradab dengan Tuhan
Tak beradab dengan Ramadhan

Oh Tuhan ampunkanlah aku
Wahai Ramadhan maafkanlah aku

Kerana tak beradab dengan Mu
Aku sudah mensia siakan Mu

Kali ini rasa berat
Nak melepaskan ramadhan pergi
Sedih benar rasanya
Dalam keadaan aku masih begini

Tahun depan belum tentu jumpa
Terasa kematianku sangat hampir
Rasa bagaikan tahun depan tak berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan

Tapi wahai Tuhan tahun hadapan
Pertemukanku lagi dengan Ramadhan
Untuk menebus segala kesalahan ku 
Pada Ramadhan kali ini

Wahai ramadhan
Sudilah kiranya kau memaafkan ku
Hanya beberapa hari sahaja lagi
Peluang aku bersama Mu tahun ini

Tuhan janganlah aku melepaskan peluang ini
Beberapa hari saja lagi bersama Ramadhan
Ramadhan Walaupun Engkau terpaksa pergi
Janganlah Engkau pergi dari hatiku

Agar aku merasakan aku sentiasa bersama Mu
Merasakan sepanjang tahun adalah Ramadhan

Nukilan
YBhg Tuan Nik Hazani Nik Mohammad
9 Mei 2020
15 ramadhan 1441

Vokal :
En Wadud At-tamimi
RPU Singapura

Melodi & Muzik : RPU Singapura


Nantikan Video Klipnya… InsyaAllah…

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *