AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Gotong-royong Selesaikan Tuai Padi GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share
Seelok 2 Syawal 1441 H, Datuk Mohd Rasidi Abdullah dan Puan Ibu Dr Gina Puspita Nasiran telah turun bersama-sama staf GISBH untuk bergotong-royong menuai Padi Ikhwan di Indonesia.
Ini adalah kerana ada tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki mesin padi maka padinya kena dituai secara manual menggunakan tulang empat kerat.
Menyabit padi secara manual hanya boleh dilakukan secara bergotong royong. Tak mungkin seorang diri. Kalau seorang diri, belum sempat selesai, hujan turun, rosak semua padi yang belum dituai.
Mengisi pad ke dalam guni setelah dipotong. Ya Allah ampunkan dosa seluruh petani Muslim yang bersusah payah di sawah bendang mereka demi menyediakan makanan kepada semua orang.
Di kawasan begini padi terpaksa disabit secara manual.
Senyuman kepuasan bila dapat berperanan menegakkan Fardhu Kifayah sebagai melaksanakan tugas seorang khalifah di muka bumi.
Ini bukan penyalahgunaan tenaga bawah umur. Ia adalah hidup berkeluarga besar dalam GISBH tak ubah seperti kehidupan di desa yang saling bekerjasama dengan bergotong royong. Keberkatannya terasa bila kerja yang berat jadi ringan.
Yang berpengalaman memberi tunjuk ajar kepada yang tiada pengalaman kalau sama-sama tak tahu, sama-sama belajar.
Hikmah lain, dengan bergabung tenaga tua muda, pimpinan dan pengikut, secara automatik terlahir pelapis perjuangan kerana terlibat dengan kerja secara langsung.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
Latihan kesusahan perlu diberi kepada golongan muda yang rata-rata tidak merasa susah payah golongan orang lama, malah ramai yang tak pernah tahu apa lagi merasai susahnya untuk mendapat sesuap nasi yang kita makan setiap hari dan membesar dengannya.
Rupanya kita terhutang budi dengan ramai orang khasnya para petani, penternak dan nelayan
Keindahan gotong royong jadi lebih indah bila setelah penat bekerja di sawah disediakan makan panas-panas juga secara bersama-sama.

Tiada beza kecil besar, tua muda, pemimpin dan pengikut makan beramai-ramai, juadah yang sama, itulah keindahan ukhuwah Islamiah. Ia melahirkan perpaduan setelah diikat dengan iman dan takwa.

Kasih sayang Datuk PE GISBH bukan sahaja terhadap sesama Muslim malah sangat dirasai semua orang termasuk Pak David yang bukan Muslim. Malah teknologi Fateh itu dari penyelidikan Pak David yang sangat menyayangi YBhg Datuk PE lalu sanggup bekerjasama dengan GISBH.
Terima kasih kepada YBhg Datuk Mohd Rasidi dan Ibu Dr Gina atas segala panduan dan doa yang berpanjangan agar segala usaha Fardhu Kifayah ini berterusan dan diberkati.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

One thought on “Gotong-royong Selesaikan Tuai Padi GISBH

  • Allahu akhbar….terima kasih Tuhan Yang Maha Baik…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *