Uncategorized KOPI IKHWAN Segar Dari Ladang anjang May 29, 2020May 29, 2020 0 Comments Kongsikan kepada yang lain Adalah menjadi hasrat YBhg Datuk Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Berhad untuk menyediakan seluruh keperluan manusia sebagai menunaikan janjinya kepada Allah Taala untuk menjadikan hidup dan matinya hanya kerana Allah Taala. Antara yang paling utama ialah menyediakan keperluan asasi manusia seperti makanan dan pakaian. Sudah pastilah makanan tersebut halalan toiyiban dan pakaian pula patuh Syariat. Di antara usaha beliau ialah mengeluarkan produk kopi Ikhwan dari ladang kopi Ikhwan sendiri. Alhamdulillah, sepertimana tanaman padi telah membuahkan hasil dan dinikmati bersama, malam ini kopi Ikhwan menjadi realiti bila terhidang di atas meja. Puas rasanya bila nak makan, nasi dari beras sendiri. Lauk, ayam ternak sendiri. Sembelih sendiri. Makanan ayam sediakan sendiri. Nak minum, kopi buat sendiri diambil dari ladang sendiri. “Nikmat Tuhanmu yang mana lagi hendak kamu dustakan!” Terima kasih kepada YBhg Datuk yang sangat gigih mengajak semua orang membangunkan Islam agar nampak berwibawa. Rasulullah SAW suka orang yang makan hasil usaha tangannya sendiri atau tidak meminta-minta. Malah menjadi cita-cita GISBH untuk memberi sebanyak-banyak khidmat kepada orang ramai. Moga Allah berkati Datuk kerana usaha-usaha Datuk memberi inspirasi kepada seluruh yang mengikuti perkembangan perjuangan ini khasnya Para Remaja GISBH… RPU. Share this:WhatsAppFacebookTwitterPinterestTelegramEmailPrintLike this:Like Loading...