AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

GISB-Dari Status Kawan-kawan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mari Berkorban di Aidil Adha

Beberapa produk Ikhwan, anda pernah jumpa?

Ada seorang remaja, 13 tahun, terjemahan namanya, ‘Yang Terpilih’ bapanya ‘Yang Terpuji Bercahaya’. Punya hati luar biasa. Sangat merindui pemimpin hatinya lalu Allah temukan mereka dalam tangisan. Sangat mewarisi ayahandanya bila mampu bercerita maklumat tentang tumbuh-tumbuhan bila diminta. Moga wangi terus hatimu dari wangian hadiah orang yang kau rindui…

YBhg PE dan team juga berXPDC di Indonesia. Berkat sungguh keselarasan hingga lahir kekuatan. Berilah keberkatan dan kesihatan yang berterusan kepada YBhg PE Ya Rabb…. Aamiin.

‘Ghazi’ ni kuda jantan anak kepada ‘Puteri Bilal’, kuda Arab Asli yang DIHA beli di Mekah dengan harga 200K Riyal. Sangat cergas beraksi di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hatijah di Hudaibiyah, Saudi Arabia. Moga seluruh staf GISBH khasnya yang menjaga haiwan kesayangan Rasulullah di seluruh dunia diberkati.

Ini sebahagian hasil pertanian di Kg Hubung, Endau. InsyaAllah akan dipertingkatkan.

Apa lagi aktiviti staf GISBH? Bertani, bertukang, sambut ulang tahun kelahiran, melihat gerhana matahari dll.

Anjang ziarah kenalan lama. En Ahmad Yahya. Pengasas hidroponik di Malaysia. Kenal sejak tahun 2000. Dah lebih 10 kali jumpa Ustaz Ashaari. Banyak kisah-kisah menarik darinya. Hidroponiknya sangat relevan dengan musim Covid-19. 3T. Tanam-Tinggal-Tuai. Beliau berminat untuk menziarahi Air Bintan.

Pejabat GISBH Krubong Perdana

1.11AM Jun 22, 2020

  • https://www anjangmuor com/2020/06/21/gisb-dari-status-kawan-kawan/ (19)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *