Salam Aidil Adha 1441 H
Salam ceria,
Salam Aidil Adha 1441H kepada semua pembaca AM Travelog’s. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban atau Aidil Adha lebih besar kedudukannya dari Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa.
Kata Tuan Nik Hazani, salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISBH:
Lumrah di Malaysia, Aidil Fitri lebih dirasakan sambutannya berbanding Aidil Adha kecuali di Negeri Pantai Timur khasnya Kelantan dan Terengganu. Selain dari perlaksanaan ibadah haji sebagai kemuncak Ibadah dalam Islam, pada Aidil Adha ada tuntutan Ibadah Korban. Ia sangat besar. Ia ada kaitan dengan peristiwa keluarga Nabi Ibrahim yang sangaaat taat kepada Allah. Mereka tidak pernah mengatakan, “Tidak” kepada Allah yang mereka cintai dan takuti hingga terpahat nama mereka dalam ibadah sembahyang umat Muhammad di bacaan tahiyyat akhir.
Tahun ini, Raya Haji disambut berbagai cara. Beberapa orang kawan-kawan yang baru pulang dari Amman dan Dubai menyambutnya di bilik-bilik hotel termasuk YM Ibu Dr Gina, kerana mentaati perintah kerajaan atas arahan kuarantin 14 hari untuk memastikan bebas dari wabak Covid-19. Moga Allah beri pahala berkorban.
Yang lain menyambutnya di merata tempat dengan berbagai cara. Kalau di Malaysia, dalam keadaan mematuhi arahan PKP, ada disambut seadanya. Bagi mengulangkaji Fardhu Ain bab perlaksanaan Ibadah Korban, AM ada sediakan beberapa kuliah ringkas
4. Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad
Bolehlah sesiapa yang perlu ulangkaji Fardhu Ain mengambil peluang menontonnya.
Terkenang Raya Haji Tahun lalu anjang berpeluang menunaikan ibadah Haji bersama pimpinan GISBH. Ada Tuan PE, PLP, CEO dan sebahagian besar ALP serta ibu-ibu termasuk Ibu Gina dan Ibu Azura. Pakej Haji GISBH tahun lepas sangat memberi kesan kerana amat berbeza dari anjuran pihak-pihak yang lain. Ketika itu, Tuan PLP telah merancang untuk siapkan sebuah bas khas bagi jemaah haji GISBH untuk tahun ini tapi Allah belum izinkan. Tetapi Allah beri ruang untuk YDH PLP usahakan bas dua tingkat di Malaysia yang beliau lakarkan sendiri rekabentuknya.
Tahun lepas, kami dapat rasakan bagaimana menunaikan haji penuh tertib dan tersusun dibantu oleh team GISBH di Mekah. Sangat teratur tanpa terlalu bersesak-sesak dalam lautan manusia yang sangat ramai. Tahun ini, jumlah jemaah haji terlalu sedikit. Tak tahu berapa orang staf GISBH yang menunaikannya kali ini. Miqdam dan Ala’ ada di sana. Anak-anak lanang anjang.
Apapun, kita sama-sama doakan agar seluruh umat Islam ditambah rasa takut kepada Allah setelah melalui wabak Covid-19 yang belum berakhir ini. Agar Zulhijjah dan Muharram tahun ini datang bersama kemenangan besar buat orang-orang Mukmin.
Ya Allah! Khusyu’kan sembahyang kami. Jadikan kami orang yang matang dan layak diberi kemenangan. Sesungguhnya Islam pasti menang dan tak kan kalah-kalah lagi.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahil Hamd
Ikhwan Inn
PPI BCH Rawang
1.50am, Julai 31, 2020
10 Zulhijjah 1441 Hijriyah