AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Chalet Ikhwan Tioman

Kongsikan kepada yang lain
Share

Chalet Ikhwan Air Batang, Tioman

Selepas solat jamak takhir, kawan-kawan ajak minum petang depan chalet kami menginap menghala ke laut. Terdapat dua meja di situ yang terhidang minuman petang. Matahari senja, walaupun telah hilang sengatan panasnya namun masih kuat memancar.

Anjang simpan serban di bilik selepas solat. Tuan Nasir masih berserban. Orang-orang yang membenci  serban ni patut diinject vaksin. Kenapalah anti dan dengki sangat dengan serban. Dalam fatwa pun tak ada larangan pakai serban. Rasuah yang dalam Hadis pun jelas diugut dengan neraka, selamba je belasah. Ada orang lukis kartun harga ayam seringgit lebih, kambing ratus-ratus, lembu sekian ribu tapi katak juta-juta. Rupa-rupanya si katak yang melompat parti ada yang terima rasuah juta-juta. Tak sapa pun bertindak. Pakai serban juga yang salah.

Minum petang sambil bertanya soalan memang cara Tuan Nasir menilai anak buah. Jujur atau tak. Dah berubah atau belum. Banyak maklumat yang memang Tuan Nasir dah tau, saja tanya. Kita nak:

  1. Orang yang bertanggung jawab. Tahu semua maklumat yang ditanya walaupun cuma hidangan di atas meja seperti tauhu ni siapa buat? Taugeh ni dari mana?
  2. Yang kita tak nak, orang yang menumpang. Tak ambil hal. Makan, minum, berak je la. Tanya ni, tak tau. Tanya tu,  entah. Tapi mulut laju mengunyah. Ni jenis tak berubah. Masih sikap lama.
  3. Juga yang Islam tak nak, jenis mulut celupar. Main jaaaawab je! Bukan betul pun fakta. Tak takut Tuhan betul. Ikut otak dia je. Ini sangat menyusahkan orang. SOP (Suka Orang Puji) yang dia ada tinggi sangat. Pemimpin yang susah dengan info dia. Tak jujur.

Sambil mengunyah tauhu sumbat, pucuk tauhu roll dan karipap Kg Hubung dan meneguk kopi panas, Tuan Nasir  berkenalan dan memberi panduan pada semua.

Lepas minum, kami bergerak cepat untuk melihat suasana chalet memandangkan masih ada cahaya matahari. Kalau dah mula gelap nanti tak nampak apa. Tuan Nasir tak menuju ke Chalet lagi tetapi nak tengok sempadan tanah GISBH dengan tanah Abg Din.

Abg Din atau Ustaz Din ni jiran dari dulu lagi. Bila lalu depan kedai makannya, Abg Din memang tak sangka dapat bertemu Tuan Nasir. Dekat 20 tahun tak jumpa. Sambil berpelukan, Abg Din ucapkan yang dia tak tau Tuan Nasir ada sekali. Dia ingatkan hanya remaja yang datang.

Selepas melihat dan pastikan sempadan tanah dan anak sungai di hujung tanah, Tuan Nasir mula menuju ke chalet sambil lalu di sebelah chalet Abg Din yang kita sewa lama kerana perlukan bekalan letrik khasnya untuk cas hand phone. Abg Din lain la, tak pakai Hp. Bila ajak pakai Hp untuk mudahkan perhubungan, Abg Din akan kata; jangan kata Hp tu wajib. Hahaha. Tak terlintas nak kata memiliki Hp tu wajib tapi banyak maklumat yang wajib kita tahu. Mudah dapat melalui Hp.

Di chalet inilah Tuan Johan menginap. Setiap hari, Tuan Johan akan naik bukit secara zig zak perlahan-lahan dengan bertongkat kerana beliau telah diserang stroke. 10 minit juga nak sampai ke atas. Kegigihan Tuan Johan ini, membuatkan semua hati tersentuh. Orang yang ada hati la. Bukan yang fikir nak lari je…

Chalet pertama yang kami jumpa setelah menapak mendaki bukit adalah dapur badar. Zaman Tuan Nasir dulu la. Nampaknya masih bertahan lagi. Chalet di sini gabungan dari asas simen dan bangunan dari kayu. Kayunya jenis kayu masak. Atau papan yang telah dirawat dengan direbus. Rebusan itu dimasukkan ubat agar kayu itu tahan lama dan tidak mampu di makan anai-anai.

Asalnya di sini terdapat 36 buah chalet. Setelah lama di tinggal, banyak yang rosak. Yang boleh digunakan ada 9 buah. Tujuh buah telah dibaiki, ada baki 2 buah lagi. Yang lain dirobohkan sedikit demi sedikit. Mana kayu yang masih elok, digunakan untuk membaiki yang masih elok dan perlu puliharaan. 

Dalam 9 buah itu chalet yang pernah Tuan Nasir duduk paling elok. Di sinilah Tuan Nasir tinggal selama hampir 2 tahun. Ditemani nyamuk di waktu malam. Musim angin dari laut, kurangla sikit nyamuk tapi bila musim angin dari darat, dari hutan segala datuk, cucu nyamuk semua keluar dari hutan. Rupanya dari dulu Tuan Nasir dah beratkan soal keselamatan. Waktu malam, sebelum tidur, di pintu chalet sebelah atas, Tuan Nasir akan letakkan dulang/talam. Kalau ada orang yang cuba menceroboh masuk, talam itu akan jatuh membangunkan penghuni chalet. Patutlah sekarang pun Tuan Nasir sangat pentingkan keselamatan. Di Turki, sebelum tidur, Tuan Nasir akan cek pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Di semua tempat pula digalakkan memasang CCTV untuk menjaga keselamatan.

Allah jadikan, chalet ini yang paling kukuh. Masih tegap berdiri menjadi saksi kesetiaan murid pada gurunya tanpa sekelumit prejudis. Di sini Tuan Nasir berehat setelah penat letih memotong rumput di tengah panas pagi dan petang. Setelah bertukang membaiki mana yang rosak. Bercucuk tanam serba sedikit malah sempat membawa hasil bayam ke Mersing. Di sinilah tempat beliau beribadah, bangun malam, berdoa, merintih dan mengadu pada Tuhan-Nya akan nasib Islam.

Seterusnya kami melihat sebahagian dari chalet yang ada dan menuju ke gen-set. Oleh kerana elektrik belum disambungkan lagi, gen-set digunakan di waktu malam. 

Ia mula digunakan pada bulan Ramadhan. Ketika PKP. Harganya RM4K, boleh isi 

25 liter petrol yang bertahan 15 jam. Buat masa ini, ia digunakan dari jam 7-10 malam. Alhamdulillah boleh bertahan 5 hari. Lagipun ia digunakan untuk di surau dan dapur sahaja. Malam-malam selalu tidur awal kerana telah terlalu penat kerja di siangnya.

Operasi di Chalet Ikhwan Tioman ini bermula sejak bulan 11 tahun lepas lagi. Ketika itu operasi tebang pokok selama 3 minggu kerana kawasan ini telah dipenuhi hutan. Tapi oleh kerana urusan pembelian tanah belum selesai, ia di’KIV’ sebentar. 

Kerja-kerja dimulakan semula pada bulan 2, 2020.

Sekarang tanah chalet yang berkeluasan 3 ekar ini telah dibersihkan sebanyak 50%. Baki 50% lagi Tuan Nasir minta hanya ditebang pokok-pokok yang kecil dan dikekalkan pokok-pokok yang besar. Indahnya tempat yang mempunyai kawasan yang agak lapang terang dan masih mengekalkan satu kawasan yang redup di bawah pepohon hutan yang hidup di celah batuan besar yang kukuh.

Tuan Nasir meminta disiapkan prasarana asas iaitu bekalan air yang mencukupi. Sebanyak 10 tong air dengan foundation yang kukuh kena disiapkan di bahagian atas (belakang chalet) dan 5 di bahagian bawah. Jika tekanan air kurang, akan dibantu dengan pam letrik untuk naikkan ke tangki. Buat masa sekarang, Chalet Ikhwan menggunakan bekalan air yang di sebuah anak sungai di atas bukit. Para RPU telah memasang poly-pipe 32mm sepanjang 550m dari Chalet ke sumber air. Airnya sangat bersih dan boleh terus diminum.

Selain maintenence bangunan dan pembangunan, pertanian skala kecil juga diusahakan. Ada 500 batang ubi telah ditanam sejak 6 bulan lalu. 70 anak pisang, begitu juga bayam Brazil, keledek, kangkung, cili, serai dll. Pokok petai, jering dan mangga memang telah sedia ada. Ternakan pula baru ada 4 ekor ayam dewasa dan 27 ekor anak-anak ayam. Tuan Nasir minta dibela burung puyuh dan ayam penelur juga untuk lauk harian di situ.

Tuan Nasir mencadangkan dibuat surau di bahagian hadapan di atas bangunan atau tapak yang berketinggian sekira-kira dapat melihat air laut. Dari kawasan itu memang kiblat mengala ke arah laut. Teringat AB satu lagi, Air Bintan. Indahnya. Gabungan darat, laut dan langit. 

Pada Tuan Nasir, tempat ini sangat indah. Sangat sesuai untuk mendekatkan diri pada Allah. Kalau beliau diberi pilihan, beliau akan pilih untuk tinggal dan bangunkan tempat ini. Anjang pun rasa ianya sangat indah. Khasnya dengan kehijauan hutan malar hijau dan kebiruan air laut yang sangat jernih dan ikan-ikan serta coralnya yang indah tanpa perlu kos maintain ribu riban, hehehe. Ia betul-betul hadiah dari Tuhan. Lebih-lebih lagi ia bakal milik GISBH sepenuhnya apabila selesai semua urusan pembelian.

Betapa lagi jika perancangan pembinaannya berjalan. Akan ada pintu masuk khas ke chalet. Menaiki esculator dari tingkat bawah ke atas bagi mereka yang kurang sihat dan yang masih ok dan menjaga kesihatan mendaki tangga-tangga yang disediakan. Menyusuri laluan-laluan di celah-celah chalet yang dibina ikut reka bentuk yang berbagai-bagai seperti rumah orang Itali, Uzbek, Turki dll. Ada yang murah, sederhana dan mahal. Ada dewan besar yang boleh tampung 150 orang. Ada surau yang indah. Ada taman-taman herba, sayur-sayuran segar, bunga-bunga tropika. Begitu juga sangkar burung dengan pelbagai spesis burung. Di malam harinya diterangi dengan sinaran spot-light dan lampu led sambil menikmati hidangan ikan bakar, ayam goreng, sate landak dengan nasi panas dan ulam-ulaman juga hiburan live dari penasyid. Nanti orang yang asalnya ingin tinggal 2 hari, akan meminta izin untuk lanjutan penginapan sehingga seminggu malah lebih lagi…

Seterusnya Tuan Nasir membawa kami masuk hutan meninjau sumber air…. bersambung.

8.43am, Ogos 7, 2020

Dalam Bluewater Ferry Tioman-Mersing

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *