Takziah dari Prof. Dr. Mohd Hisham At Tamimi atas pemergian Tuan Mohd Rasidi
UCAPAN TAKZIAH PROF DR MOHD HISHAM SULTAN AT TAMIMI atas pemergian TUAN MOHD RASIDI ABDULLAH.
Dr Hisham adalah Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Negara-negara Syam, mantan pensyarah di Universiti Jordan, Universiti Al Bait dll.
Kepada semua yang dimuliakan Syeikh-syeikh di Malaysia dan semua tempat, terimalah dari kami rasa simpati dan dukacita dengan perpindahan roh Syeikh Rashidi yang suci ke rahmatullah. Sebab pemergiannya kita kehilangan seorang Syeikh besar dan wali yang hebat serta orang alim yang tawaduk di kalangan ulama-ulama zaman yang tak ramai ulama sepertinya dan Syeikh besar yang saya kenali, bergaul dengannya, mendengar darinya, belajar darinya. Kalau kita kenang kehidupannya yang mulia, akhlaknya yang hebat, dan sifat-sifatnya yang mulia, itulah yang menjadi kesabaran dan hiburan kita ketika ini. Saya berdoa kepada Allah Azzawajalla agar meliputi beliau dengan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya. Dia-lah yang Maha Pemurah, dan beliau tetamu yang sedang menghadap-Nya sedangkan tiadalah yang lebih pemurah dari Allah. Siapa yang suka pertemuannya dengan Allah, Allah pun suka bertemu dengannya. Sesungguhnya Syeikh ini memiliki akhlak yang mulia, kelembutan dan ilmu serta tawaduk, tawaduk para ulamak dan tawaduk para Aulia. Saya ucapkan takziah kepada semua para Syeikh dalam GISB dan semua stafnya, anak-anaknya, isteri-isterinya, dan keturunannya, serta semua saudara-saudara yang dimuliakan, takziah dari kami atas pemergian Syeikh besar ini yang ingatan tentangnya akan kekal di hati kami dan kata-kata yang pernah diucapkannya di telinga kami dan jiwa kami yang kata-katanya itu umpama butiran emas, bahkan memang butiran emas. Kami hanya mampu mengatakan bahawa tiada daya upaya kami melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung, serta dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Kami berdoa agar Allah menganugerahkan kalian dengan kesabaran dan ketabahan dan memberi kalian ganjaran dan pahala, serta mengekalkan ingatan tentangnya di dalam jiwa setiap yang mengenalinya. Moga Allah merahmatinya dengan rahmat-Nya yang maha luas. Salam.
BERIKUT ADALAH TEKS ASAL BERBAHASA ARAB
إلى جميع المشايخ الكرام في ماليزيا وفي كل مكان تقبل لنا الاسى والحزن انتقال الروح الطاهرة الشيخ راشدي رحم الله تعالى وإن برحيله قد فقدنا شيخا كبيرا واليا عظيما عالما متواضعا عالما من علماء في هذا الزمان وقل وجود العلماء في وان هذا الشيخ الكبير الذي عرفته وعاشرته وسمعت منه وأخدت عنه إننا عندما نتذكز حياته طيبة كريمة وأخلاقه عظيمة واوصافه الكريمة لا نملك إلا الصبر والسلوان وإنني أسال الله عزوجل أن يتغمده برحمته وكرمه وهو الكريم وهذا هو ضيفه قد جاء اليه والله سبحانه وتعالى لا أحد اكرم منه ومن احب لقاء الله احب الله لقاءه وإن هذا الشيخ كان ذا خلق كريم وذو حلم وعلم وتواضع..تواضع العلماء تواضع الأولياء فاعزي جميع المشايخ وكل من في الشركة GISB وجميع أبناءه وزوجاته وذريته وجميع اخوة الكرام نعزيهم برحيل الشيخ الكبير و الذي سوف تبقى ذكراه في قلوبنا وكلمته التي كان يلقيها في أذاننا وافئدتنا الكلمة التي كان يقولها وكأنها درر من الذهب بل هي درر من الذهب فلا نملك إلا ان نقول لا حول ولا قوة إلا بالله وإنا لله وانا اليه راجعون . نسال الله ان يعطيكم جميعا الصبر والسلوان وان يثيبكم وأن يهبكم الأجر وان تبقى ذكراه خالدة في نفوس كل في نفس كل من عرفه ورحمه الله رحمة واسعة والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
- https://www anjangmuor com/2020/08/10/takziah-dari-prof-dr-mohd-hisham-at-tamimi-atas-pemergian-tuan-mohd-rasidi/ (3)