AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Perasmian Ikhwan Cafe Plaza Damas, Sri Hartamas

Kongsikan kepada yang lain
Share

Perasmian Ikhwan Cafe

Alhamdulillah dengan Izin Allah serta keberkatan baginda junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta doa para Pimpinan GISBH. Pada hari hari Jumaat bersamaan 14/08/2020 telah diadakan Perasmian Ikhwan Cafe yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas Kuala Lumpur.


Perasmian ini juga adalah bersempena majlis kesyukuran sempena hari kelahiran YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH Yang ke-52.

Antara tetamu yang hadir adalah Dr Balachandran Gopal Krishnan, kenalan rapat YH Dato’ Lokman serta tidak asing lagi bagi GISBH. Kehadiran beliau dan rakan-rakannya adalah dalam rangka untuk membuat lawatan ke Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes (PPI BCH).

Walaupun tiada perancangan untuk hadir ke majlis ini tetapi atas jemputan YH Dato’ Lokman Hakim, Dr Bala dan rakan-rakan yang baru sahaja tiba di KLIA dari Kuala Terengganu terus menuju ke Plaza Damas terlebih dahulu sebelum membuat lawatan ke PPI BCH.

Dr Bala bersama Dato’ Lokman Hakim

Para tetamu yang kebanyakkannya telah serba sedikit mengetahui tentang GISBH sangat kagum dengan pencapaian GISBH. Di antara perkara yang menjadi kekaguman mereka ialah sistem yang dijalankan di dalam GISBH di mana perhubungan semua pihak di dalam GISBH kelihatan mesra ibarat adik beradik.

Malah kelihatan kemesraan antara Dato’ Lokman dan Dr Bala sangat mengkagumkan apabila dilihat YH Dato Lokman telah menyuapkan makanan ke mulut Dr Bala dan Dr Bala juga membalasnya..

Dato’ Lokman Hakim bersama barisan staf Ikhwan Cafe


YH Dato Lokman ucapkan kepada Dr Bala “Kita Bertemu bukan atas dasar perniagaan. Perniagaan mungkin nombor yang ke 29. Yang utamanya atas dasar persahabatan, kasih sayang dll.”

Semoga dengan pembukaan Ikhwan Cafe Plaza Damas ini juga akan menjadi salah satu cara berdakwah khususnya di sekitar ini.

Maklumat dari Ibu Roqayah diedit oleh AM

  • https://www anjangmuor com/2020/08/16/perasmian-ikhwan-cafe-plaza-damas-sri-hartamas/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *