Bertemu KAWAN LAMA
26 TAHUN PERSAHABATAN PE GISBH DENGAN JURULATIH PELAYARAN KEBANGSAAN
Di sebalik kejayaan Noraisyah Jamil dan Juni Karimah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah berjaya di Kejohanan Perahu Layar International 470 Antarabangsa Asia di Shenzen, China, juga kejayaan Olimpian negara, Khairulnizam Mohd Affendy yang meraih pingat emas bagi acara Laser Standard pada Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ada sentuhan kehebatan jurulatih mereka, Mohd Afandy Abdullah.
Rupa-rupanya jurulatih pelayaran kebangsaan yang hebat ini telah lama bersahabat dengan Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH. Lebih suku abad. 26 tahun.
Setelah lama tidak bertemu, akhirnya Tuan Nasir sendiri datang ke Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Kuah, Langkawi untuk bertemu sahabat lamanya.
Walaupun telah mencapai kejayaan di peringkat dunia, Mohd Afandy Abdullah tidak dapat menyembunyikan kekagumannya kepada Tuan Nasir bilamana Tuan Nasir tidak datang seorang diri tetapi hadir bersama ‘team’nya di kalangan pimpinan GISBH dan RPU menaiki deretan kenderaan mewah termasuk ambulan dan bot yang ditunda.
Pada En Mohd Afandy Abdullah, kekuatan ekonomi inilah yang menakutkan sebahagian ahli politik yang berkepentingan hingga sanggup mengkambing hitamkan Al Arqam padahal sepatutnya ia dijadikan aset untuk membantu membangunkan masyarakat Melayu Islam.
Beliau juga menyuarakan rasa terkilan dengan kenyataan Asri Janggut berkaitan Polis dan tentera tidak menjaga solat sedangkan ketika beliau berkhidmat dengan Komando Sg Udang, apabila masuk hutan sekalipun sangat menjaga solat. Contohnya apabila ingin menunaikan solat Maghrib, ketua pasukan akan kira anggota mereka pastikan semua menunaikan solat. Itu 30 tahun yang lalu. Di dalam hutan tu. Selalu kita dengar komando makan ular, katak dll dalam hutan. Hari ini bekas komando cerita sendiri bagaimana mereka jaga sembahyang sedangkan dia adalah saudara kita (Muallaf).
Pertemuan singkat hari ini mengimbau kembali persahabatan di antara mereka yang mana En Mohd Afandy pernah beberapa kali ke premis GISBH di Turki, Australia bahkan di Malaysia sendiri tetapi tidak direzekikan bertemu Tuan Nasir. Tetapi kali ini terubat rindunya bila Tuan Nasir sendiri menziarahinya. Di awal persahabatan mereka, anaknya Khairulnizam masih terlalu kecil tetapi sekarang telah menjadi juara dunia.
Allah Maha Berkuasa. Allah boleh lakukan apa sahaja. Di kala Pengerusi Eksekutif GISBH sedang melatih para RPU di pelbagai bidang khasnya seni-seni kepimpinan juga penumpuan khas alam Maratim, Allah temukan kembali dengan En Mohd Afandy yang memang pakar di bidang maratim.
Moga Allah kekalkan persahabatan ini dan menjadikannya memberi manfaat kepada Islam.
9.30am, 1 Muharram 1442H.
Ogos 20, 2020
Bilik 508, Ombak Villa Langkawi