AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kunjungan DESTINASI TV ke GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Korang pernah tengok you tube ada orang putih yang fasih Bahasa Melayu jalan-jalan seluruh Malaysia makan dan promote makanan di restoran? Si Rhys. Anjang suka tengok show dia.

  1. Dia orang putih tapi sangat berusaha cakap Melayu. Akhirnya nampak sangat meningkat penguasaan BM dia. Bangga Beb, orang putih pun boleh cakap Melayu fasih. Sedangkan ramai je warganegara yang tak boleh cakap Bahasa Melayu, walhal duduk bertahun-tahun di Malaysia, lahir pun di sini.
  2. Dia boleh makan hampir semua makanan kita. Nasi lemak, lemang, rendang, biryani.. korang sebut apa je yang Si Rhys tak makan. ‘Membujur lalu melintang patah’.
  3. Dia amat menghormati pegangan agama dan budaya Melayu. Bulan Ramadhan siap puasa dan solat tarawih. Nak gelak juga tengok solat tarawih dia, macam mata melilau je. Hehehe.
  4. Anjang pernah pelawa dia ke kafe Ikhwan di Twitter tapi dia tak respon. Mungkin tak perasan.
Gambar-gambar dari DTV

Ingatkan yang datang ke GISBH BCH semalam Si Rhys (anjang belasah je sebut nama dia, tak betul pronoun) rupanya orang lain. Si Rhys ni kira macam Artis mereka la. Atau rakan kongsi, anjang pun tak pasti.

Amal dan Zamri

Mereka 2 orang pemuda di balik tabir DESTINASI.TV. Tak kurang hebat juga jalan cerita mereka. En Amal dan En Zamri. Baru berumur 25 tahun, sangat muda dibanding Anjang tapi punyai cita-cita dan azam yang bukan biasa-biasa. 

Pernah belajar di sekolah yang sama. Pastu berpisah mengambil bidang yang berbeza. Seorang ke Moskow, Rusia. Sempat beberapa tahun. Keduanya pernah kerja makan gaji tapi akhirnya ‘minat’ menyatukan mereka berdua di bidang media dan pelancongan. 

Sekarang giat memperkenalkan restoran sajian halal yang menarik di Malaysia. Sangat membantu para pengusaha menarik lebih pelanggan ke premis mereka. Mendidik masyarakat secara langsung atau tidak dengan makanan yang halal dan berkhasiat.

So, apa mereka dapat ziarah GISBH? Macam-macam. Paling kurang dapat kawan baru. Kemudian dapat maklumat, macam ni rupanya GISBH. Rupanya ada yang pernah naik bas GISBH semasa sekolah dulu dan ada yang pernah baca AM terutama ketika ada isu-isu kontroversi. Hehehe.

Apa GISBH dapat dari tetamu? Kedatangan tetamu membawa rahmat Allah, kepulangan mereka menghapuskan dosa-dosa ‘sohibul bait’. Juga dapat panduan atau tips tentang dunia penyiaran dll banyak lagi…

Ada lagi topik perbualan yang bermacam-macam khasnya berkaitan penyiaran dan pelancongan, tak sempat anjang tulis. Apa komen Zam:

Sori la anjang snap macam ni

“Wasalam. Terima kasih En Harun atas lawatan yang sangat power 💪💪”

Jumpa lagi Mal…

Komen Amal:

“Alhamdulillah🙏🏻 kami pun senang sangat dengan layanan tadi, cukup seronok juga mendengar pengalaman Tuan Harun dan Tuan Azri.”

Yang penting dua orang ni muda dan masih bujang. Hehehe. Ok, jumpa lagi. 

Laman Ikhwan

10.44am, Ogos 29, 2020.


Lawatan DESTINASI TV ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang. Hai, macam mana nak bagi thumbnail yang keluar. Ini pulak yang muncul. Halal lah…

Kalau korang nak tengok TV dia orang, boleh buka di sini… DESTINASI.TV

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *