AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

GISBH Bersilaturrahim di Uzbekistan

Kongsikan kepada yang lain
Share
RPU GISBH bersilaturrahim dengan penduduk di Chinoz dalam 70km dari Tashkent

Salam ceria.

Apa kabo korang semua? Moga sihat. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya rebut masa sihat sebelum sakit. Masa sihat ni eloklah rajin bertugas, berusaha, beribadah. Sembahyang fardhu, sembahyang sunat. Sembahyang sunat tu, tak payah la duduk. Masih muda. Sihat. Sembahyang berdirilah. Nanti jadi malas. Pemalas. Patut dari solat melahirkan peribadi yang rajin tapi jadi sebaliknya.

Kebanyakan perkembangan yang anjang kongsikan di blog dari dalam negara sebab suasana covid-19 ini sangat mengekang pergerakan. Tak ada ke berita luar negara? Adalah sangat…

Hari ni anjang dapat berita dari Uzbekistan, jom kita ke sana walaupun masih PKPP. Pergi cara online je. Hehehe. Dad yang kongsikan.

Kawan-kawan GISBH di Tashkent mendapat jemputan majlis perkahwinan ke bandar Chinoz kira-kira 70km dari Tashkent. Majlis itu majlis kahwin kenalan kenalan kepada simpati kita, En Mokhsin. Perjalanan bermula dari jam 5am dari Villa ke Cafe, kemudian terus ambil Mohkhsin Aka dan 2 orang kawannya iaitu Abdul Kadir Aka dan Abdul Rahim Aka.


Jemputan ini dikhaskan juga pada Ustaz Abdul Kadir Aka kerana majlis kenduri kawin ini ialah majlis anak muridnya sendiri. Beliau juga merupakan Mufti dan Imam Masjid di Tashkent. Dalam majlis ini beliau dijemput untuk memberi kuliah tazkirah dan mengalunkan selawat.

Alhamdulillah selepas selesai Imam Abdul Kadir Aka bernasyid selawat, beliau menjemput kami untuk sama-sama memeriahkan majlis dengan 2 buah nasyid iaitu Bada’na dan Tolaal Badru ‘alaina.


Kemudian En Kamarozi berucap sedikit untuk menceritakan pengenalan tentang GISBH di Uzbekistan di bawah kepimpinan Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan membuka Restoran Nur Malaysia Tashkent sebagai medan dakwah sekaligus memperkenalkan makanan Malaysia di Tashkent.

Alhamdulillah dalam majlis ini GISBH dapat bersilaturahim dan berkenalan dengan kenalan-kenalan baru antaranya En Shukrat Aka. Team GISBH dijemput kerumahnya yang besar seperti Homes Stay. Shukrat Aka menjalankan perniagaan membekalkan minuman.

Walaupun baru berkenal-kenalan, beliau sangat meraikan rombongan dari GISBH dan memberi hadiah serban Uzbek dan frame tulisan khat juga air minuman yang beliau bekalkan. Moga hasil dari pertemuan ini akan menjalinkan ukhwah dan kasih sayang yang berterusan yang akhirnya lahir kerjasama untuk menguatkan Islam.

Dalam perjalanan pulang ke Tashkent rombongan singgah di sebuah ladang kapas untuk belajar dan mengambil maklumat berkaitan tanaman kapas. Alhamdulillah team GISBH direzkikan berjumpa dengan seorang tuan ladang bernama Roza Muhammad.

Beliau sangat ingin meraikan rombongan tetapi tidak dapat ditunaikan kerana rombongan mengejar masa. Atas keinginan mengambil keberkatan, beliau meminta doa dari rombongan dan memberi hadiah beberapa batang pokok kapas untuk cuba ditanam. Antara maklumat yang diperolehi ialah penanaman kapas hanya di musim panas kerana kalau musim sejuk kapas akan basah,

Vila GISBH Pusat Emerald

10.57pm, Sep 13, 2020

Sila klik untuk video

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *