AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Meninjau RPU Memukat

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Semalam RPU ada beberapa aktiviti di pantai Beserah, belakang vila GISBH Kuantan. Antaranya sukan, rehlah, naik bot laju dan memukat ikan. Diketuai oleh Tuan Adib, Presiden GISBH Youth Club atau RPU dan seperti biasa sentiasa bersama pimpinan YBhg Tuan Nasir yang nak memastikan mereka tetap di atas rel atau track yang tepat.

Maklumlah remaja adalah mereka yang berada di peringkat usia ingin mencuba semua perkara. Kalau betul didikan ketika kecil dan remaja, insyaAllah tepatlah perjalanan hidup seseorang tetapi sebaliknya kalau tidak tepat pendidikan di usia kecil dan remaja, bukan sahaja mereka rosak malah generasi akan datang akan lemah tiada wawasan dan gagasan, hidup tanpa matlamat yang jelas akhirnya terikut-ikut apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Sedangkan sekeliling kita di akhir zaman begini, lebih banyak perkara yang negatif berbanding positif. Malah yang positif pun bukan semua baik seperti positif HIV, dadah dan Covid-19… hehehe.

Tuan Nasir sentiasa bersama RPU memberi panduan dan jadi tempat merujuk.

So, mari kita tinjau aktiviti memukat RPU. Tuan Nasir letakkan target dapat 100kg. Banyak tu? Tapi RPU tetap yakin akan dapat capai target asalkan berdisiplin, berusaha maksimum dan hati sentiasa meminta pada Allah. Allah kan Maha Pemurah. Maha segala-galanya.

Macam tak percaya, akhirnya dapat lebih 100kg.

Mari kita saksikan video mereka:

Rumah Tamu GISBH Krubong

10.19am, Sep 24, 2020

p/s Walaupun dapat beraktiviti macam-macam. Kira Allah hadiahkan ikan segar atau khazanah dunia la tapi sudah tentulah sembahyang yang paling utama. Lebih-lebih lagi dapat solat berjemaah bersama pemimpin yang dengan sebabnyalah kita dapat merasakan semua nikmat ini. Moga Allah beri kita hati yang mempunyai rasa dan dikuatkan rasa-rasa tersebut sebagai persiapan jika ditimpa ujian…


anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *