AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

SUKAN itu IBADAH kalau…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bagaimana jadikan SUKAN sebagai IBADAH?

Kenalah tempuh 5 syarat, baru boleh jadi ibadah, jadi amalan takwa, mendekatkan diri kepada Allah, dapat pahala.

5 SYARAT TU:

  1. NIAT KENA BETUL
    Niat kerana Allah. Niat untuk mendapatkan badan yang sihat. Tubuh yang cergas dan tangkas. Stamina yang tinggi. Supaya aktif, rajin bukan pasif dan pemalas.
  2. PERLAKSANAAN BETUL IKUT SYARIAT
    Dalam bersukan atau beriadhah, pakaian kena menutup aurat. Tak boleh la berseluar pendek. Atau berpakaian ketat sampai nampak bentuk badan. Tak boleh memaki hamun, mengata, mengumpat keji. Tak boleh la melibatkan perjudian atau pertaruhan.
  3. PERKARA YANG DIBUAT ADA DALAM ISLAM. SAH DALAM ISLAM.
    Sukan atau riadhah memang ada dalam Islam. Nabi menggalakkan para bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Dalam sejarah juga menceritakan yang Nabi pernah bergusti dan berjaya menjatuhkan lawannya. Jadi, riadhah atau bersukan memang ada asasnya dalam Islam.
  4. NATIJAH MESTI BETUL
    Ertinya setelah selesai bersukan, gunakan badan yang sihat untuk kuat mendirikan ibadah, menolong orang, melaksanakan tugas dan tanggung jawab. Bukan lepas riadhah, kalau menang berbangga dan mengejek yang kalah, kalau kalah kecewa, putus asa, menderita dan tak puas hati.
  5. TIDAK MENINGGALKAN PERKARA YANG ASAS
    Dalam bersukan atau beriadhah, jangan pula sampai tertinggal solat fardhu. Sembahyang fardhu lebih utama dari bersukan. Sibuk-sibuk bersukan, jangan tak belajar Fardhu Ain. Fardhu Ain lebih asas dan utama dari bersukan. Seronok sangat beriadhah, jangan sampai tutup kilang bihun dan kafe. Kilang makanan halal dan kafe fardhu kifayah. Fardhu Kifayah lebih penting dari sukan yang hukum asalnya harus.

Kalau cukup 5 syarat ini, sepanjang seseorang itu bersukan, semuanya dikira ibadah, dikira mendapat pahala, dikira amalan takwa. Oleh itu bersukan dan beriadhahlah, pastikan tepat 5 syarat ibadah, ia dikira sebagai ibadah. InsyaAllah mendapat pahala di sisi Allah dan membina peribadi dan akhlak seseorang.

OTW Halal Hub Serkam Melaka
1.30pm, Sep 26, 2020

  • https://www anjangmuor com/2020/09/26/sukan-itu-ibadah-kalau/ (21)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *