AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Sambutan Milad Tuan Nasir ke 61

Kongsikan kepada yang lain
Share



Salam ceria.

  1. Pada 25.11.2020 Anjang berpeluang ikuti program meraikan ulangtahun kelahiran YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang ke 61 di beberapa tempat.
  2. Tuan Nasir mulakan dengan program menziarahi orang-orang lama dalam perjuangan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan iaitu Ustaz Ahmad Zahari dan Ustaz Abd Rahim Pfordten. Moga Allah sihatkan mereka kembali.
  3. Selepas Zuhur kami bergerak ke Sg Pencala kerana YH Dato’ Lokman ingin mengadakan sambutan Milad Tuan Nasir di Ikhwan Delight yang sedang giat dipersiapkan.
  4. Turut sama meraikan Tuan Nasir, Hj Fauzy MOFAZ, Dato’ Abul Hasan dan Datuk Zulkifli Mohamad. Tetamu dihidangkan pelbagai hidangan antaranya Nasi Biriani Karachi, Nasi Mandy Ayam, Mi Bandung Ikhwan dan Kek Pandan Layer.
  5. Di malam hari pula ada sambutan Majlis Milad Tuan Nasir di Vila GISBH Zon Pusat di Kota Emerald yang diikuti secara live dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Skype.
  6. Sambutan sangat meriah di mana temanya menghala ke arah era terkini dalam GISBH iaitu Dunia Maritim. Ada kek, pulut kuning yang dibentuk seperti kapal atau bot laju mengambarkan era terkini yang dibawa oleh Tuan PE dalam GISBH.
  7. Kenuncaknya kumpulan hadiah unik dari RPU yang disusun menjadi replika kapal Nelayan dan dibawa masuk ke dalam majlis.
  8. Majlis diakhiri dengan penyampian hadiah dari zon-zon dan pelbagai pihak serta jamuan makan.
  9. Tuan Nasir juga mendapat ucapan tahniah dan doa dari serata dunia daripada kenalan dan sahabat rapat GISBH.
  10. Moga dengan majlis seumpama ini menambahkan kasih sayang dengan pemimpin dan sesama staf GISBH.                                                Bilik 7, Ikhwan Inn PPI BCH.            12.47am, Nov 28, 2020
Klik. Sila subscribe, like, share dan beri komen untuk menyokong AM Channel.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *