Faham Bahasa Rusia?
Faham Bahasa Rusia?
Iklan ini dibuat oleh seorang pelanggan yang datang baru-baru ini ke Restoran Nur Malaysia Tashkent. Dia buat video itu pada 8hb Disember 2020.
Dia iklankan di Aplikasi TikTok yang agak popular di seluruh dunia khasnya di Uzbekistan.
Semua kita tahu, aplikasi ni lebih kurang seperti Instagram juga tapi lebih kepada video pendek beserta muzik dan sedang jadi satu trend anak-anak muda di sini.
Allah buatkan, Iklan yang dibuat ini telah dilihat oleh 17ribu orang malah semalam 2 meja yang datang pun dia kata baru tahu mengenai restoran Nur Malaysia melalui viral Tiktok NurMalaysia Tashkent.
Moga Allah bantu usaha GISBH dalam membawa semua staf dan masyarakat untuk dapatkan cinta Allah lalu melaksanakan seluruh syariat-Nya dan rindukan Nabi lalu sanggup berpegang dengan sunnahnya ketika rosaknya umat. Sekarang GISBH berada di 17 buah negara termasuk Malaysia untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan terus mengadakan Silaturrahim. Ziarah, Dakwah dan Tijarah.
Vila GISBH Zon Pusat, Kota Emerald
5.54 PM, Dis 13, 2020