AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Rumput Palestin vs Rumput Israel

Kongsikan kepada yang lain
Share

Rumput Israel vs Rumput Palestin

Sila klik untuk tonton video.


Salam ceria.
Dalam kursus staf GISBH baru-baru ini, Tuan Nasir ingatkan kami yang kita semakin menghampiri bulan Ramadhan. Mungkin di hati beliau telah terasa kebesaran bulan Ramadhan yang perlu direbut. Memang selalu Tuan Nasir ingatkan kami tarikh-tarikh penting seperti kejatuhan empayar Uthmaniah, tarikh 100 tahun berakhir perjanjian hina dan lain-lain.

Anjang orang biasa, macam-macam juga teringat bila sebut Ramadhan. Antaranya aneka makanan dan minuman di bazar Ramadhan dan bufet berbuka di hotel. Hehehe. Maaaakaaaan je.

Antara air yang popular di bulan Ramadhan ialah air cincau. Cincau di campur air soya, letak ais perghhh sedap. Terasa sejuk melalui kerongkong sampai ke perut. Cincau dimasukkan dalam sirap campur dengan selasih, aduuhhh lepas azan terasa terus nak teguk. Jangan lupa doa dan kurma dulu. Pendek kata, olah macam mana sekalipun, InsyaAllah cincau memang tak menghampakan.

Tanaman Cincau Ikhwan

Tapi cincau ni berasal dari apa? Kenapa selama ni orang cakap, cincau hanya diperolehi dari China? Tak ada di sini. Betul ke?

Setelah di cari maklumat, rupanya cincau ini dari tumbuhan dan boleh ditanam di negara kita. Seperti taugeh, Tuan Nasir minta team pertanian GISBH diketuai oleh En Abd Wahab cuba menanam cincau. Bermula dengan semaian 20 anak pokok cincau, En Wahab berjaya membiakkan menjadi 7000 pokok cincau dan telah berjaya dikeringkan dan dibuat minuman cincau.

Tuan Nasir meminta seluruh cawangan GISBH menanam cincau agar cincau yang dibekalkan kepada seluruh umat Islam dipastikan suci dan bersih hasil dari usaha tangan umat Islam sendiri. Marilah kita tinggalkan cara hidup Islam Melayu tradisi. Bersusah payah solat tarawih di malam hari. Ditambah dengan Qiamullail dengan dengan keluarga atau di surau. Siang berpuasa, berlapar dahaga sepanjang hari tapi malangnya bila berbuka setengah jug cincau bukan Muslim kita teguk. Itulah yang kita buat berpuluh-puluh tahun. Entah berapa generasi.

Bila makanan bercampur dengan yang haram atau subahat, patutlah Islam kita tak amalkan sepenuhnya. Tradisi dan adat semata-mata. Contohnya, aurat pun susah jaga. Dah elok pakai tudung, stokin pulak tak pakai. Nampak sopan bertudung litup, ketika menambah lauk, selamba tarik lengan baju. Nak tunjuk gelang, aurat pun terdedah sekali. Dapat dua dosa. Dosa berbangga dan dosa buka aurat.

Dah elok sembahyang jemaah di masjid surau tapi selamba pijak simen dengan kaki basah, terus masuk tempat sembahyang. Bawa najis merata tempat. Habis semua ibadah rosak tidak sah. Ibadah orang lain pun jadi mangsa.

Sembahyang, puasa, zakat semua tunaikan tapi masih ambil riba. Terlibat dengan rasuah. Antara punya semua ini sebab makan tak jaga. Betul la kata Tuan Nasir, kena tanam pokok cincau ni. Kena lawan puak Kapitalis ni. Yang cari untung tanpa fikirkan maruah orang.

Kata Tuan Nasir, kita namakan pokok cincau ni Rumput Palestin untuk lawan Rumput Israel. Hahaha. Korang tau apa rumput Israel? Rumput Israel ni jenis mudah hidup. Cepat je merebak. Kita nak pastikan cincau cepat ditanam besar-besaran dan sebanyak-banyaknya.

Rumput Israel

Setelah ditanam tentu hendak diproses. GISBH perlukan mesin pengering dedaun dan herba. Kerana Malaysia ni ada musim hujan. Jemur dengan panas matahari mempunyai banyak risiko seperti lambat dan rosak. Allah izinkan bertemu pula dengan En Hafiz di Skudai, Johor. Bila diterangkan cita-cita Pengerusi Eksekutif GISBH ingin mengusahakan cincau besar-besaran untuk selamatkan umat Islam agar makan makanan yang benar-benar halal dan suci juga tunjukkan gambar-gambar pokok cincau yang telah GISBH tanam, beliau menghadiahkan terus kepada GISBH mesin tersebut sebagai sumbangannya dan saham untuk Islam katanya. Allahu Akbar!!!

Mesin Pengering Daun Cincau

Korang jangan ingat mesin tu harga seribu dua. Nah tengok specnya:

Mesin pengering daun cincau atau daun-daun herba kepunyaan En Hafiz ini berada di UTM-MTDC di Technology Park.

Permulaan projek:
Tahun buat : 2015
Tamat projek : 2018
Dah 2 tahun terbiar
Harga Asal : RM134K
Reka cipta. : Zul design Rawang
Idea: En Hafiz
Panjang 15.0 kaki
Lebar 5.3 kaki
Tinggi. 7.5 kaki

Sistem Tenaga:
Letrik
Solar
Gas

En Hafiz ingin memberi saham dalam penyediaan produk halal untuk umat Islam

Tengok! RM134K. Allah bukakan hatinya untuk beri tanpa mengambil bayaran. Sebab beliau faham niat dan cita-cita GISBH. Sepatutnya ramai lagi masyarakat yang faham begini agar segera ekonomi umat ini kita kuasai demi untuk selamatkan kita semua dari penghinaan. Kena rasa terhina bila makanan kita orang kafir yang kuasai. Daging yang kita makan pun terbukti telah puluhan tahun dicampur daging haram. Orang-orang kaya dalam masyarakat Islam perlu menjadi bank kepada masyarakat agar persoalan Fardhu Kifayah ini terbela.

InsyaAllah, semua cawangan GISBH akan menanam pokok cincau dan mengusahakan pelbagai produk berasaskan cincau. Ya, rumput Palestin akan tumbuh subur mengalahkan rumput Israel di seluruh Malaysia.

InsyaAllah, Ramadhan akan datang, seluruh Umat Islam di Malaysia akan nikmati cincau Ikhwan yang suci, bersih, halal dan mudah-mudahan sangat berkat.

Vila GISBH Pusat, Kota Emerald, Rawang
11.05, Dis 23, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

One thought on “Rumput Palestin vs Rumput Israel

  • siti nazira binti mohamed ibrahim

    boleh x mohon izin nak share n ulangtayang di yt

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *