AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Tuan Nasir Melawat Booth GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

  1. Hari ini Anjang ikut Tuan Nasir ziarah booth GISBH di Pakir Mahkota Parade, Melaka.
  2. Kami gerak dari Vila GISBH di Melaka Perdana Resort dengan Lexus. Anjang duduk dengan Attirillah Ex Petronas bahagian piping. Katanya ada 5 orang je dengan kepakaran sepertinya dalam negara. Dalam kenderaan ada Ibu Zura dan Ibu Nisah sekali.
  3. Jalanraya di Melaka ni selalu jam. Trafic light banyak sangat. Ada yang kata, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Johor Darul Takzim, Melaka Darul Trafic Light. Sempat la anjang terlelap sebelum sampai.
  4. Sampai lokasi, Tuan Nasir masuk Booth Galeri Ikhwan dan Booth Info tentang GISBH di sebelahnya.
  5. Di Booth Galeri Ikhwan terdapat pakaian-pakaian lelaki dan muslimah termasuk songkok-songkok Ikhwan yang sedang viral sekarang. Rugi korang tak beli. Ia bukan hanya untuk orang GISBH sahaja.
  6. Di booth penerangan ada ‘bunting’ dengan maklumat tentang GISBH dan tayangan profile GISBH di skrin TV. Ada sofa dan medal-medal yang GISBH perolehi. Boleh dapatkan info GISBH di sini.
  7. Di sebelahnya ada Booth jualan produk-produk Ikhwan seperti Sos Cili, Sos Tomato, Kicap, Cuka, Minyak Masak, Kopi Tongkat Ali, pelbagai jenis roti, Kuetiau, air minuman, air berkarbonat dll.
  8. Booth ke empat pula terdapat makanan siap dan masakan panas.
  9. Di setiap tempat Tuan Nasir dan Ibu Zura terus memberi panduan demi panduan agar setiap yang dibuat terpandu dan terpimpin.
  10. Setelah melawat Booth GISBH, Tuan Nasir membawa kami melawat tempat yang paling bersejarah dalam hidup beliau iaitu ke Dewan Hang Tuah di mana kali pertama beliau bertemu mursyidnya Ustaz Ashaari Muhammad pada tahun 1979. Kami juga lalu depan Masjid Tengkera yang selalu Tuan Nasir dan Ustaz Ashaari singgah.
Sila klik…

Vila GISBH, Melaka Perdana

11.48pm, Dis 28, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *