AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

“Mohon maaf, saya tersalah lorong…” Cikgu Mohd Noor Ghani

Kongsikan kepada yang lain
Share

“Mohon maaf, saya tersalah lorong…” Cikgu Mohd Noor Ghani.

Salam ceria.
Cikgu Mohd Noor Ghani ayah kandung Cikgu Mizi. Sebab apa Setiausaha Belia 4B Kg Nangka Seulas ( https://youtu.be/mgibivpDTBA ) ni dipanggil cikgu, kena tanya dia la. Anjang tak tau. Tapi menurut Cikgu Mohd Noor, dengan sebab Cikgu Mizi ni lah dia masuk jemaah.

Kata Hamdi, adik Mizi ketika kecil, Mizi ni sangat suka dengan penjual-penjual akhbar dan majalah Arqam datang ke rumah. Dia akan melompat-lompat kegembiraan memanggil emaknya memberitahu penjual majalah dah sampai. Nanti mak dan ayahnya akan beli macam-macam jenis majalah termasuk majalah kanak-kanak yang dia minati. Akhirnya satu keluarga minat dengan jemaah Islam dan sertai perjuangan.

Dalam perjuangan Cikgu Mohd Noor berlaku banyak kali jatuh bangun. Macam-macam Allah uji. Terakhir, Cikgu tinggalkan jemaah dan hidup sendiri. Dia pernah bersumpah tidak akan ikut satu kumpulan serpihan jemaah walau diberi RM2juta sekalipun. Rapatnya pada seseorang semata-mata kerana faktor berkawan semata-mata atau kerana terhutang budi dan menjaga hati. Pernah berkhidmat sebagai pengetua di sebuah sekolah tahfiz tetapi meninggalkannya. Sebenarnya di mana-mana pun ada ujian. Ikut perjuangan, tak ikut, tetap ada ujian. Ikut syariat atau tak ikut syariat tetap ada ujian. Kan lebih baik ikut perjuangan Islam yang diuji daripada duduk di luar pun kena uji juga.

Semalam Vila GISBH Kota Bahru menerima kedatangan Cikgu Mohd Noor dan isteri. Awal-awal masuk, Tuan Nasir dan Tuan Nik Hazani bangun menyambut bersalam-salaman dan berpelukan. Cikgu menyuarakan rasa rindunya yang tak tertahan kerana sudah lama sangat tak bertemu Tuan Nasir. Dalam ujian ada hikmah, selama 7 tahun Tuan Nasir tinggal di Istanbul, Turki, bila ziarah Malaysia akhir 2019, tiba-tiba awal 2020 Covid melanda Malaysia. Maka Tuan Nasir tak keluar dari Malaysia sudah lebih setahun. Bila datang ke Kelantan kali ini, dapatlah Cikgu Mohd Noor jumpa.

Ada yang menyangka Cikgu ikut PAS bila lihat kupiahnya, rupa-rupanya itulah kupiah Sekolah Tahfiz tempat dia bertugas sebelum ini. Ketika memulakan bicara, setelah dipelawa duduk oleh Tuan Nasir, Cikgu menyatakan sebenarnya dia sangat malu nak bertemu dengan Tuan Nasir. Berkali-kali dia mengatakan;
“Ana minta banyak-banyak maaf kerana tersilap lorong…”

Begitulah akhirnya, Cikgu berterus terang mengakui kesilapan beliau dalam memilih jalan perjuangan. Tuan Nasir bertanya, apa yang menyebabkan ada pihak yang sangat tak menyenanginya? (Benci dengan Tuan Nasir) Mereka menghina-hinanya sebagai driver sahaja dan bukan dalam rangking kepimpinan.

Sebenarnya, memang Tuan Nasir adalah driver tapi bukan driver lori taik. Driver kepada Mursyid. Kepada driver lori taik pun kita tak boleh hina. Kalau dia tak angkat taik, semua orang akan terganggu. Dia berjasa kepada kita kerana memberi khidmat angkat taik. Betapa lagi driver kepada pemimpin sebuah jemaah Islam yang terbukti jemaahnya memberi impak besar kepada masyarakat Islam Malaysia.

Puan Anisah bersama isteri Cikgu.

Cikgu sangat menyedari perkara itu malah mengikuti perkembangan GISBH kerana anak menantunya masih dalam perjuangan. Semua perkembangan terkini membuktikan ia menzahirkan kebenaran bukan hanya mengatakan kebenaran. Sedang berlaku perkembangan besar di bidang pertanian, penternakan, maritim, nelayan, remaja, perkilangan, perhubungan, media, ekonomi melibatkan restoran, pasaraya, mini Mart dan lain-lain bukan di Malaysia sahaja, malah di merata dunia.

Anjang pernah ikut rombongan diketuai Cikgu Mohd Noor ke Timur Tengah. Sempat la ziarah Jordan, Syria dan Mesir. Kami ramai juga satu rombongan masa tu. Lelaki perempuan. Kalau dari Jordan ke Mesir tu naik bas dan feri di Aqabah, Jordan ke Nuwaiba’, Mesir. Sangat mencabar.

Hari ni (5hb Jan 2021) jumpa Cikgu Mohd Noor semula setelah berlalu bertahun-tahun. Di Mesir dah ada 2 buah restoran. Di Jordan pun ada 2 buah. Di Syria terpaksa keluar pada tahun 2012 kerana konflik yang membawa kepada perang saudara.

Mudah-mudahan Cikgu kembali kepada kebenaran lebih-lebih lagi anak-anak masih tetap Istiqamah dengan perjuangan. Cikgu pun tak putus mendapat info segala perkembangan GISBH. Itu juga memberi kesan besar pada pemikiran dan hati cikgu terhadap GISBH.

Ampun maaf. Jumpa lagi.

Bilik 4, Vila GISBH Kota Bahru
12.15am, Jan 8, 2021

Pagi ni 8hb Jan 2021, Cikgu Mohd Noor datang ke vila GISBH KB untuk wada’ Tuan Nasir
Anjang dengan Cikgu Mohd Noor depan Vila GISBH Kelantan
Gambar rombongan dengan Cikgu Mohd Noor di depan Vila Syeikh Abu Mus’ab di Jordan
Di rumah Syeikh Abu Khalid, Syeikh Badwi Bani Syammar

Iklan:

https://anjangmuor.yezza.store/

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *