KLUSTER GAHARU IKHWAN – 01
Salam ceria.
Pada 30.01.2021 anjang berpeluang ikut Tuan Nasir ke Ladang Gaharu di Sitiawan, Perak. Tuan Anuar ada sekali. Lebih kurang setengah jam dari Vila GISBH Manjung sampailah kami di sana. Dalam hutan tepi sungai. Perghhh sangat menarik bagi pencinta Alam Ciptaaan Tuhan. Jangan cinta alam sahaja, Tuhan pencipta alam hilang dari fikiran dan hati.
Sampai di pintu ladang, air dah tak becak seperti sebelum ini. Mereka dah pasang longkang. Malah dah masuk letrik. Begitu sungguh-sungguh Tuan Nasir. Projek ini adalah usahasama dengan Tok Ipin @ MR.SOL pengusaha ladang gaharu sebanyak 14 ekar dengan 10 ribu batang pokok gaharu.
InsyaAllah akan dibangunkan restoran, chalet, jeti, Kelong ikan dan yang penting dapur gaharu untuk menarik pelancong melihat proses mendapatkan minyak attar gaharu dan wangian dari gaharu yang diceritakan menjadi salah satu kecintaan Rasulullah di dunia ini.
Mari kita doakan agar cita-cita para pimpinan GISBH segera dikabulkan Allah Taala demi Islam nampak lebih cantik dan berwibawa.
GITT Jitra
9.31am, Feb 5, 2021