AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KERJASAMA GISBH DENGAN YAYASAN RESTU

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tuan Nasiruddin Mohd Ali bersama Datuk Abdul Latif Mirasa, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Restu.

Salam ceria.

Baru-baru ini YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH dan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah bertemu dengan Datuk Abdul Latif Mirasa, seorang tokoh yang bertanggung jawab membangunkan projek pencetakan Al-Quran di Malaysia.

Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu. Yayasan ini menguruskan pencetakan Al Quran.

‘Base’nya di Putrajaya dan atas nama Kompleks Nasyrul Quran telah diadakan bermacam-macam aktiviti berkaitan pembangunan Al-Quran. Projek ini mendapat geran dari kerajaan sebanyak RM190 juta untuk dilaksanakan. Kompleks ini diiktiraf sebagai kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar selepas Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah.

Datuk Abdul Latif sangat kenal dan mengkagumi Almarhum Ustaz Ashaari kerana ketika beliau menjadi pensyarah di USM, Ustaz Ashaari kerap adakan program di sana dan beliau sertai.

Beliau sangat harapkan agar dapat bekerjasama dengan GISBH dalam:

  1. Mencetak Al-Quran versi khas untuk GISBH.
  2. Memberi peluang kepada GISBH mengusahakan perniagaan Pasar Raya Ikhwan di Mall Nasyrul Quran yang akan dibangunkan.
  3. Mengharapkan apa yang telah GISBH bangunkan di BCH dapat dibuat di Kompleks Nasyrul Quran.

Moga akan ada kerjasama erat di antara GISBH dengan Yayasan Restu untuk meninggikan syiar Islam.

Pertemuan ini hasil usaha Dato’ Seri Amli, peguam terkenal yang banyak terlibat membela kes GISBH di mahkamah.

Jalan Kluang-Mersing otw ke Endau

12.21pm, Feb 14, 2021

  • https://www anjangmuor com/2021/02/14/kerjasama-gisbh-dengan-yayasan-restu/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *