Pencarian Pasar Raya Baru IKHWAN di Cheras Sentral
Salam ceria.
Apa kabo semua? Pada 13.2.2021 anjang berpeluang menyertai lawatan Tuan Nasir dan rombongan ke tapak Pasar Raya yang dalam perancangan GISBH untuk disewa sebagai Pasar Raya Ikhwan yang baru di kawasan tengah. Bangunan itu terletak di Cheras iaitu bangunan Cheras Sentral.
Bangunan Cheras Sentral ini dikelilingi pangsapuri penginapan dan kondo juga penempatan yang majoriti penduduknya orang Cina bukan Islam tetapi penduduk di seluruh kampung sekitarnya adalah Melayu Islam. Ertinya kuasa membeli orang Melayu Islam kita masih kuat di sini. Ianya menjadi tuntutan Fardhu Kifayah kepada umat Islam di sini membangunkan sebuah Pasar Raya Islam yang menjalankan perniagaan mengikut syariat dan akhlak Islam.
Dengan kata-kata yang lain, Pasar Raya ini mesti tidak terlibat dengan perniagaan riba, tidak membuat pinjaman riba dari mana-mana institusi kewangan, hanya menjual produk yang benar-benar dijamin halal dan suci, staf-stafnya pula sangat menjaga syariat terutamanya mendirikan sembahyang 5 waktu, menjaga pergaulan lelaki perempuan, sangat menjaga aurat, tidak merokok, sangat berkasih sayang tidak bersengat-senget hati di kalangan staf, sangat amanah berkaitan wang dan tanggung jawab, melayan pelanggan sebagai tetamu dll.
Bukan mudah hendak bangunkan pasar raya yang begini. Lebih-lebih lagi payah hendak pertahankan semua dasar-dasar ini setiap masa malah meningkatkan pengamalan dan penghayatannya. Ia memerlukan suatu kumpulan, grup, jemaah yang satu hati dan cita-cita. Yang punyai pemimpin yang bertakwa atau sangat usahakan takwa. Sangat bertanggung jawab. Punyai pengikut yang sangat taat selagi tidak melanggar syariat.
Ia sangat perlu kerana perniagaan yang melibatkan Fardhu Kifayah ini memerlukan jiwa yang kental. Kerana apa? Sebab bila melibatkan Fardhu Kifayah, samada untung atau rugi, ia perlu diteruskan. Menutupnya satu kesalahan dan dosa. Untung sikit atau banyak ia wajib dipertahankan.
Jika umat Islam dapat pasar raya, di tempat yang strategik begini, atas nama Islam, ia perlu di pamerkan dan dipersembahkan dengan cara terbaik demi menjaga kewibawaan Islam. Jika berlaku sebaliknya, orang akan mengata Islam, orang akan menyalahkan Islam, melekehkan Islam, sedangkan pengusaha yang bersalah. Sebab itulah ia sangat perlu dipertahankan dalam apa keadaan sekalipun dan dipastikan kekal berwibawa dari semua sudut.
Info tentang Pasar raya di Cheras Sentral ini, pemilik Mall ini adalah Mayland Century, anak syarikat Malaysia Land Properties Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri David Chiu, chairman HK yang tersenarai di Far East Consortium.
Luas ruang pasaraya ini ialah 24,700 kps yang lengkap dengan semua peralatan untuk sebuah pasaraya seperti 11 buah cold room, chiller, rak dan gondola, troli, kaunter pembayaran dll. Pasaraya ini sebelum ini diusahakan oleh syarikat-syarikat seperti Isetan, Fajar, Jaya Grocer, Hero, Giant dan SKM tetapi hanya setiap satu hanya bertahan 2/3 tahun sahaja. Pasaraya-pasaraya yang terakhir pula khasnya ketika bermula Covid-19 hanya bertahan sebentar sahaja.
Harga yang ditawarkan untuk pasar raya ini, service building RM1.50 sekaki persegi. Sewa premis pula sebanyak RM1.00 sekaki persegi. Oleh itu, Services RM37,050 sebulan (Aircond, security, cleaner termasuk dalam service dan maintenance) manakala bil lightning, cool room dan air ditanggung penyewa.
Sewa RM24,700 sebulan (untuk tahun pertama) Total sebulan: RM61,750.
YBhg Tuan Nasiruddin dan pimpinan GISBH bercadang jika dipersetujui untuk menyewa seluruh basement tersebut seluas 60,000 kps. kerana terdapat 18 lot kedai yang boleh dimanfaatkan sebagai Bakeri Ikhwan, Galeri Ikhwan, Ikhwan Chocolate, Ais Krim Ikhwan dll. Ia juga boleh disewakan untuk menampung over head seluruh basement ini. Ringkasnya akan dibuat bandar Ikhwan di basement tersebut atau ringkasnya PPI Pusat Perniagaan Ikhwan.
Moga-moga ia menjadi Bandar Islam contoh di tengah-tengah perniagaan kaum Cina di Cheras ini.
Aamiin Ya Allah…
Rumah Tetamu GISBH Kg Hubong, Endau.
8.53am, Feb 16, 2021
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Aamiin, Aamiin, Aamiin.
Allahuakbar!
Allah Hafiz Ya Malik Ya Razzaq..
Sesungguhnya milik Allah segala galanya..
Ya Baari’
Mudah bagi Allah..
Atas taqwa para pejuang demi syiar yang terulung..
Allahu…
Percaturan dunia di akhir zaman ini..
Terbaik Islam