Pertemuan Antara Pimpinan GISBH Dengan Pengurusan Kompleks LKIM Kuala Selangor
Pertemuan Antara Pimpinan GISBH Dengan Pengurusan LKIM Kuala Selangor
Kuala Selangor. 8hb Mac 2021. 11.30am. Satu pertemuan di antara kepimpinan GISB Holdings Sdn Bhd dengan pihak Pengurusan LKIM Kuala Selangor telah diadakan di bilik mesyuarat Kompleks LKIM Kuala Selangor.
Kompleks ini terletak di Lot PT 85, Jalan Bagan Pasir Penambang 45000 Kuala Selangor.
Ketibaan Pengerusi Eksekutif GISBH di sambut oleh CEO, COO dan lain-lain yang telah lebih awal tiba juga oleh pasukan pengurusan LKIM diketuai oleh En Khusairi Husain, Pengarah LKIM Negeri Selangor.
Tuan Nasiruddin Mohd Ali bersama rombongannya seramai 23 orang dengan 6 buah kenderaan sedang dalam perjalanan untuk melawat cawangan GISBH di sekitar Manjung, Perak, singgah ke Kompleks LKIM, untuk menyertai mesyuarat ini dalam menjayakan usaha membela umat Islam khasnya para nelayan.
Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Pengarah LKIM negeri Selangor, En Khusairi Husain.
Mereka yang hadir terdiri dari wakil-wakil LKIM iaitu:
1. En Khusairi Husain
(Pengarah LKIM Selangor)
2. En Mohd Rauzi Abdul Jalal
(Penolong Jurutera LKIM Selangor)
3. En Muhammad Alif Abdul Aziz
(Pegawai LKIM Selangor)
- En Muhammad Emran Najwa Ismawi (Pembantu Pegawai LKIM Selangor)
Wakil Persatuan Nelayan
1. En Omar Abdul Rahman
(Pengerusi Persatuan Nelayan
Kuala Selangor & Negeri Selangor)
2. En Kamaruddin Yusof
(Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kuala Selangor)
Wakil GISBH
1. Tuan Nasiruddin Mohd Ali
(Pengerusi Eksekutif GISBH)
2. YH Dato’ Lukman Hakim Pfordten
(Ketua Pegawai Eksekutif – CEO)
3. Tuan Hasnan Abd Hamid
(Ketua Pegawai Operasi – COO)
4. Tuan Muhammad Adib Attamimi
(Ketua Pegawai Penyelaras – CCO)
5. Tuan Aminuddin Sani
(Serta 5 wakil lagi)
Setelah mengalu-alukan para perwakilan, pengerusi mempersilakan wakil GISBH memberi ucapan.
Ybhg Dato CEO dalam ucapannya menerangkan perancngan pihak GISB, untuk memberi sesuatu yang baik kepada masyarakat khususnya di bidang perikanan iaitu bagaimana kita dapat menyediakan makanan yang halalan thoiyyiba ini iaitu ikan-ikan dan hasil laut yang bukan sahaja segar bahkan dengan harga yang mampu dibeli oleh masyarakat.
Pengerusi majlis sebagai Pengarah LKIM Selangor menerangkan bahawa kompleks ini dibina dalam tahun 2013 sebagai tapak pendaratan ikan utk bot-bot yang ada di sekitar Kuala Selangor.
Perancangan di atas kertas nampak cantik tetapi ada berbagai halangan dan masalah dalam perlaksanaan, antaranya:
a) Pihak nelayan mengatakan arus sungai terlampau ke dalam, jeti itu terlalu tinggi walaupun ketika air pasang. Yang sebenarnya, nelayan tradisi menggunakan bot-bot kecil sedangkan bot besar masih boleh menggunakan jeti tersebut.
b) Kedudukan jeti ini dengan laut atau muara sungai agak jauh iaitu 17km atau 23km. Sudah tentu ia memerlukan lebih masa dan bahan api.
c) Dari laut atau muara sungai ke kompleks ini, terdapat banyak jeti-jeti persendirian. Oleh itu para nelayan lebih selesa untuk mendaratkan ikan di situ lebih-lebih lagi ia tidak dipantau oleh LKIM.
Antara cabaran yang LKIM hadapi
dalam usaha menghidupkan fungsi jeti ini:
a) Sewakan jeti ini kepada pihak luar yang menjanjikan macam-macam untuk memeriahkannya tetapi tidak menjadi kenyataan.
Kompleks ini terdiri daripada 3 komponen iaitu:
1) Medan Ikan Bakar
Telah dibaik pulih dan dicat semula 2 bulan lepas. Dalam masa 3 hari ini akan dibuka sebut harga untuk mana-mana pihak ambil alih medan ikan bakar ini.
2) Pusat Pemprosesan Hasil Laut – IKS
Di dalamnya ada ‘Cool Room’ yang berkapasiti 10 tan. Buat masa ini masih ada peralatan syarikat yang menyewa sebelum ini yang masih belum dikeluarkan.
4) Jeti Pengisian Minyak
Untuk bot-bot nelayan mengisi minyak subsidi. Apa yang berlaku, untuk mengisi minyak, mereka boleh ke kompleks tapi untuk mendaratkan ikan, agak susah mereka patuh.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Selangor En Omar Abdul Rahman berkata, Kuala Selangor sebenarnya lokasi pelancongan.
En. Omar ada buat youtube mengenai sepit biru udang galah untuk menarik pelancong. Sebenarnya LKIM banyak membantu nelayan untuk berjaya tapi pihak nelayan sendiri yang tidak bertanggung jawab iaitu tidak berminat untuk mendaratkan ikan di sini kerana harga ikan di kompleks ini dikawal oleh LKIM.
LKIM akan beri harga ikan yang murah dan segar kepada pembeli. Tapi bila jeti-jeti persendirian yang mendaratkan ikan, mereka akan meletakkan harga ikan sesuka hati mereka. Akibatnya, harga ikan di pasar akan tinggi disebabkan ada orang tengah yang ingin keuntungan besar.
LKIM cuba untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya kerana nelayan sendiri yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan.
LKIM telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk bantu nelayan. Antara bantuan LKIM ialah memberi elaun sara hidup kepada nelayan yang layak.
Sampan-sampan kecil ini kebanyakan sampan-sampan orang Melayu manakala kapal-kapal besar kebanyakan milik orang-orang Cina.
Kapal-kapal besar ini kita harap boleh naikkan ikan di kompleks sebab komplek ini tinggi, tak sesuai untuk sampan. Telah macam-macam cara dibuat untuk menarik nelayan ke sini tetapi belum berjaya. LKIM berharap GISBH dapat membantu untuk mengatasi masalah ini. Moga-moga nelayan boleh melihat kerjasama ini berlaku.
Bot-bot boleh mendaratkan ikan di sini dan ‘supply’ ikan bukan sahaja di Lembah Kelang bahkan seluruh negara. Persatuan mengharap sangay ia menjadi kenyataan.
Pengarah LKIM
Apa-apa proposal dan cadangan boleh ‘submit’ kepada LKIM negeri Selangor dan LKIM Selangor akan ajukan kepada ibupejabat.
Segala infrastruktur yang dibina di komplek ini milik LKIM pusat. LKIM Selangor hanya menguruskan sahaja. Sebab itu segala
kelulusan hanya dibuat oleh HQ tapi untuk GISBH ini akan disokong oleh LKIM negeri.
Kata pengarah, insyaAllah kita macam ada jodoh untuk bekerjasama. Memang kita tengok kompleks ini cantik, kawasannya strategik, jadi kita nak manfaatkan sepenuhnya.
YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali bertanyakan maklumat tentang nelayan di sini untuk membuat penilaian kerana sedih memikirkan nasib nelayan yang teruk berkerja sedangkan orang lain yang kaya raya. Tuan menceritakan aktiviti lebih 3000 orang RPU antaranya berkaitan laut dan ada yang sudah mampu menjadi tekong bot. Tujuan GISBH adalah untuk berdakwah dan melatih para remaja juga untuk ‘support’ kehidupan anak-anak nelayan.
Menurut En Kamaruddin Yusuf, Pengurus Besar PNK Kuala Selangor, nelayan di sini melibatkan 2 Parlimen iaitu Parlimen Kuala Selangor dan Zar linen Tanjung Karang.
Ahlinya dipecahkan kepada 14 buah kampung, dari Sg Janggut sampai Parit 4 dekat Sikinchan. Jumlah ahli 892 orang. Melayu 353 orang, Cina 514 orang India dll 25 orang. Bulan Disember ada pertambahan ahli menjadi 906 orang.
Nelayan Melayu banyak nelayan pantai dan banyak bernaung di bawah taukeh-taukeh Cina. Sikap yang ada agama ni kehidupannya ceria. Ada yanng boleh jana income sampai RM9K.
Kalau tak berjaya, menurut beliau adalah kerana sikap. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari oleh Katering Ikhwan dan sesi penyampaian hadiah. Moga hubungan baik bersama GISBH ini berterusan dan berlaku kepada semua golongan dalam masyarakat.
GITT Krubong Perdana
10.57 PM, Mac 10, 2021
Alhamdulillah.. semoga Allah Subhanahu wata’ala sentiasa mempermudahkan segala perancangan, urusan dan pelaksanaan setiap dilakukan oleh semua warga GISB.. memberi kekuatan dan idea-idea kepada semua kepimpinan utk terus mencapai semua misi GISB dlm memartabatkan Islam dipentas dunia… Aamiin.