Penyerahan Bas 2 Tingkat Terkini GISBH
Penyerahan Bas 2 Tingkat Terkini GISBH
Salam ceria.
Sebab apa tempah bas 2 tingkat?
- Bas 2 tingkat yang lama telah tamat tempoh kerana ia keluar pada tahun 2008. Sekarang untuk bas persiaran limit usia yang dibenarkan oleh peraturan ialah selama 15 tahun. Selepas itu bas tersebut perlu didaftarkan atas permit-permit yang lain, contohnya bas sekolah atau bas pekerja. Limit penggunaan bas selain bas persiaran adalah selama 30 tahun. Selepas itu bas tersebut kena dilupuskan. Dulu Anjang ada niat nak beli bas DD yang lama, letak di Air Bintan untuk dijadikan panggung sebagai bilik tayangan profile GISBH dan tayangan filem 4D Ikhwan Resort Air Bintan kepada para pengunjung, tapi tak kesampaian.
Berapa harga bas Double Dacker GISBH ini?
- Harganya RM870,000.00 dan dibayar secara ansuran tanpa riba. Setiap bulan dibayar RM100K. Total bayaran akhir dibuat sebelum penyerahan.
- Semuanya berasaskan kepercayaan Syarikat SKS kepada GISBH kerana GISBH telah berurusan dengan SKS dalam pembelian bas sebelum ini dan tiada isu tentang pembayaran. Dasar GISBH tidak mahu terlibat dengan riba yang menjadi kemurkaan Allah. Maka perundingan cara bayaran ansuran tanpa riba dibuat dengan ‘win-win situation’ di mana bayaran dibuat secara ansuran dan tidak menganggu progress pembinaan bas. Semuanya berdasarkan keyakinan Syarikat SKS atas kejujuran GISBH.
- Apa keunikan bas ini?
Ada beberapa keistimewaan bas ini dibanding bas DD yang selalu kita lihat di atas jalanraya, antaranya:
a. Bas ini mempunyai panel solar berkualiti tinggi yang fleksibel. Ia bukan panel biasa yang nampak kaku diperbuat daripada kaca yang mudah pecah bila terhentak. Panel solar ini membekalkan tenaga letrik terus kepada peralatan letrik di dalam bas seperti peti ais 2 pintu, microwave, pemanas air, soket pengecas telefon bimbit di waktu siang dan mengecas bateri untuk digunakan oleh semua peralatan di waktu malam khasnya ketika bas berhenti. Ertinya elektrik asas ada selama 24 jam dalam bas ini. Mulanya pihak SKS keberatan untuk memasang panel solar ini. Lagipun kosnya bertambah lebih RM10K. Tetapi atas permintaan YBhg Tuan Nasiruddin, akhirnya bukan sahaja mereka siapkan permintaan malah tanpa meminta kos tambahan. Terima kasih SKS.
b. Bas ini mempunyai 4 ruang utama:
i. Ruang pemandu dan pembantunya bahagian hadapan, tingkat bawah. Jadi, jangan takut naik atas bila tengok tak ada driver. Hehehe. Driver di bawah. Ada lorong di antara ruang hadapan dengan ruang kedua di belakang yang sekat oleh pintu yang boleh dikunci. Di lorong ini, ada ruang penyimpanan barang peribadi pemandu seperti beg juga yang istimewanya ada katil yang boleh dilaraskan. Ertinya bila tidak diguna, ia boleh dilipat simpan. Co Pilot boleh tidur apabila dia memerlukan kerehatan.
ii. Ruang kedua selepasnya iaitu seat mesyuarat untuk 7 orang dengan sofa sederhana tebal, bantal, tali pinggang keledar dan meja yang boleh dilaraskan apabila digunakan sepenuhnya dan boleh dilipat bila dalam keadaan biasa. Di sini juga ada skrin tv untuk melihat gambar ruang di atas jika diadakan program bersama atau tayangan media dan hiburan. Terdapat juga sebuah peti ais 2 pintu yang besar, sebuah microvawe, pemanas air dan tandas. Tandasnya lengkap dengan shower, penarik udara keluar di bahagian bawah dan tingkap kecil di atas. Jangan tertidur di dalamnya, ia sangat selesa kerana mempunyai air cond.
Terdapat almari kecil tempat letak kasut dan alat untuk membungkus kasut dengan plastik bagi mereka yang selesa tanpa membuka kasut.
Uniknya bas ini mempunyai dua tangga untuk akses ke tingkat dua. Satu di depan dan satu di tengah ini. Setakat ini anjang tak pernah lihat bas dua tingkat yang macam ini. Semuanya direka oleh YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali.
iii. Ruang ketiga adalah bilik mesyuarat atas di bahagian belakang. Ia mempunyai 13 tempat duduk membentuk huruf U dengan sebuah mini meja boleh laras di tengahnya. Mempunyai sebuah skrin TV. USB slot untuk mengecas hand phone. Di sini perbincangan dan mesyuarat boleh dilakukan ketika perjalanan jauh. Masa boleh dimanfaatkan. Fungsinya sama seperti bilik mesyuarat di bawah.
iv. Ruang keempat ialah ruang hadapan sebelah atas. Terdapat 17 buah kerusi yang selesa di sini. Sebuah skrin TV dan sebuah singki. Kerusi di sini tersusun seperti bas eksekutif biasa iaitu dalam format 1-2. Ia sangat selesa.
Di sepanjang perjalanan beberapa program boleh dirancang seperti:
- Mesyuarat perniagaan atau perbincangan gerak kerja mana-mana pihak yang memerlukan.
- Taklimat dari Tour Guide mengenai tenpat lawatan atau lainnya.
- Menonton tayangan hiburan mendidik jiwa dari skrin TV yang disediakan atau preview produk baru juga tayangan profile syarikat.
- Layanan dari pelayan bas yang menghidangkan produk-produk Ikhwan Brand yang sesuai seperti air minuman Ikhwan, Ais Krim Ikhwan, Ikhwan Cola, Bubur Kacang, Roti dan Bun Ikhwan juga Piza Ikhwan. Tak salah juga jika ada hidangan Nasi Lemak Ikhwan atau Sup Kembara Ikhwan yang sedang viral tu.
Persepsi yang Travel adalah meletihkan dan menjemukan akan berubah selepas menaiki bas ini kerana ia penuh pengisian mental, fizikal dan roh, InsyaAllah.
Ok, korang tak nak cuba pengalaman baru ke? Naik bas DD GISBH ni?
Di hari penyerahan bas ini, Tuan Adib dan beberapa orang pimpinan RPU mengadakan live FB dengan penerangan mengenai bas ini dan mempersembahkan nasyid hiburan.
Perasmian dibuat oleh COO GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid dan seterusnya lawatan ke dalam bas serta penyerahan replika kunci bas oleh wakil dari Syarikat SKS kepada Tuan Hasnan Abdul Hamid dan diakhiri dengan doa serta sesi bergambar. Seterusnya bas dipandu pulang ke PPI BCH. Di sepanjang perjalanan, life FB terus dibuat untuk berkongsi kenderaan terbaru GISBH kepada semua umat Islam di Malaysia khasnya yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan doa kepada kami.
Bilik 3, Vila GISBH Pusat
11.31am, Mac 30, 2021