REZEKI selepas RIBUT
Salam ceria.
Malam tadi bot nelayan Ikhwan dilanda ribut. Angin sangat kencang tetapi Alhamdulillah laut tidak bergelora. Pun begitu ia tetap menakutkan kerana mereka berada di tengah laut. Apa pun boleh terjadi. Angin kuat dapat dilihat pada pergerakan bendera yang menegak tegang. Azan dilaungkan. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami dan redakan serta hentikan ribut besar ini.
Alhamdulillah tak lama selepas itu, ribut pun berhenti dan dengan kasih sayang Allah, alat sonar berbunyi kuat menandakan ikan telah banyak berada di situ. Malah nampak kelihatan ikan-ikan berlompatan. Siangnya para nelayan dapat melihat kumpulan ikan lumba-lumba berhampiran bot. Selalunya ikan dolphin ini datang kerana memburu ikan lain. Mencari mangsa.
Hampir jam 2 pagi, Tekong mengarahkan pukat diturunkan. Maka dikejutkan mereka yang masih tidur untuk terus berkhidmat. Begini rupanya kerja nelayan. Di waktu orang nyenyak tidur, mereka dilanda ribut. Di waktu orang diulit mimpi mereka menurunkan pukat, menarik pukat, terjun laut, membetulkan pukat yang terbelit, mengangkat hasil laut, menggredkan ikan dan lain-lain. Mari kita sama-sama saksikan agar lahir rasa syukur kepada Allah atas nikmat ini dan timbul kesedaran untuk membantu kehidupan seluruh nelayan kita di Malaysia khasnya.
Selamat menonton. Jangan lupa subscribe, share, like dan komen agar dapat disebarkan kepada seramai-ramai umat Islam.
Vila GISBH Pusat
11.48am, Apr 2, 2021