AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

GISBH memenuhi undangan YB Dato’ Syed Hussin, Pengerusi LKIM

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Baru-baru ini anjang berpeluang mengikuti program kepimpinan GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Nasiruddin Mohd Ali memenuhi undangan daripada YB Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ke kediamannya di Puchong.

Ketibaan kami ke rumah agamnya di sambut oleh beliau dan teamnya di luar rumah lagi, di perkarangan pakir kereta. Vila besarnya mempunyai pondok pengawal, sangkar besar untuk ternakan ayam (rasanya ayam katik atau ayam hutan), ada air pancut dan parit yang airnya mengalir, tiang-tiang yang besar, gabungan batu dan kayu yang menarik, decoration dan lampu ala-ala Arab bukan biasa-biasa.

Tuan Syed juga menyambut kami macam tradisi orang Arab, dari muka pintu atau dari luar rumah lalu mengiringi kami masuk ke dalam. Seelok masuk ke dalam rumah, kami disambut dengan alunan selawat sambil berdiri oleh 3 orang team penasyid, salah seorangnya Anjang diberitahu oleh En Anuar sebagai anak Mamu Rahim. Kami berdiri dalam bulatan sambil mengalunkan selawat yang biasa dibuat di kampung-kampung di Johor ketika Marhaban. Usai selawat, kami duduk semuanya sambil mendengar nasyid dan menikmati kurma dan minum air (Anjang agak air zam-zam).

Selepas itu Tuan Syed memulakan ucapan dengan berterima kasih atas kesudian menerima jemputannya malah Dato’ kata, Tuan Nasir ni orang besar kerana Syarikat GISBH ni syarikat besar, pengerusinya tentulah orang besar. Sebab tu susah nak jumpa. Nampak orangnya tenang, kata-katanya tersusun lembut, menerangkan tujuan majlis itu diadakan iaitu menjalin kerjasama antara GISBH dan syarikat beliau juga kerjasama GISBH dengan LKIM di mana beliau adalah pengerusinya demi kebaikan untuk umat Islam.



Setelah itu beliau mempelawa kami ke bilik mesyuarat yang agak besar dengan meja panjang yang telah terhidang berbagai jenis makanan untuk sarapan, termasuk capati dan sardin. Hari ini kita makan produk syarikat di bawah YB. Ini yang kita nak, orang Melayu Islam yang bukan hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi sama-sama membangunkan usaha Fardhu Kifayah untuk umat ini. YB kata, GISBH ada kekuatan tersendiri bila mampu bangunkan pasar raya dan lain-lain bisnes. Beliau sendiri telah rugi 10 juta kerana nak bangunkan pasar raya. GISBH pun ada kisah sendiri tentang pasar raya. Ia bukan berkaitan tentang bisnes sangat tapi tentang orang. Orang yang terlibat dengan bisnes.

Banyak perkara yang dibincangkan khasnya melibatkan bidang perikanan dan perkapalan dengan penuh kasih sayang. Setelah itu kami saling bertukar cenderahati, bergambar dan bersurai. Moga talian persaudaraan akan berterusan dengan kerjasama daripada kedua belah pihak.

Kafe Ikhwan Krubong

2.01pm, Apr 5, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *