Kembara Haramain Ramadan 1442H
Kembara Haramain Ramadan 1442H
Salam ceria.
Ini bukan kali pertama anjang berpuasa di Tanah Haram, sebab anjang dah banyak kali tinggal di sini sebelum ini tapi sudah tentu kali ini sangat berbeza dengan sebelum ni selalunya datang dari Jordan, samada naik bas atau flight. Kali ni datang dari Malaysia, naik Boeing 787 Dreamliner. Dalam pesawat ada wi fi free (ciput je).
Dulu datang samada seorang atau dengan kawan-kawan seperti dengan Aruah Ust Najri. Pernah juga carter satu bas bersama pelajar Arqam dan Dr Mohammad Al Qudha. Tapi kali ini dengan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Tuan Adib. Juga Tuan Abil dan Puan Kakak. Sudah tentu berbeza.
Kali ni, dalam beberapa hari nak pergi baru tahu. Sedangkan di Malaysia GISBH sedang sangat sibuk. Baru je lepas menyambut lawatan Tun M ke BCH. Tun M yang orang mengata macam-macam bila datang BCH. Biarlah nak mengata bagai, yang penting Tun telah sampai ke PPI BCH. Melawat satu bandar Melayu Islam. Orang yang mengata tu, jenguk pun tak. Hanya sekali melawat bandar yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Ashaari, Tun M telah berubah fikiran. Selama ini Tun tak percaya orang Melayu boleh membangun bandar. Tun susah percaya orang Melayu itu rajin sebab banyak sangat kes orang Melayu malas. Bukan tak ada yang rajin tapi ramai sangat yang ambil kerja mudah. Nak cepat kaya. Dapat bantuan dan subsidi disalah guna. Bukan tak ada yang rajin, tapi rajin secara tersusun berjemaah, beramai-ramai ni tak ada. Lebih-lebih lagi rajin tanpa dapat subsidi mahupun pinjaman bank. Itu yang Tun kagum dan berharap agar dijadikan contoh.
Pastu pimpinan GISBH ke Melaka pula, ikut program perasmian bot laju GISBH. Jadi kami semua sibuk. Tak dan nak prepare sangat. Anjang sempat beli bagasi saiz Medium jenama Samsonite. Moga lasak dibawa ke mana-mana.
Ramai juga yang menghantar. Seluruh ALP di Malaysia. Para Ibu, team RPU dan lain-lain. Air port kelihatan lengang kerana tidak banyak penerbangan. Senarai jadual penerbangan di skrin besar tak sampai separuh. Premis-premis banyak yang tutup. Kaunter penerangan pun tak semua buka. Pesawat pun banyak yang parking je. Tak tau la, berapa bayaran pakir. Kata staf MAS, sebelum ni lagi lengang. Ni kira dah mula ada pergerakan.
Setelah selesai chek in, kami mula gerak ke tingkat bawah untuk cop paspot. Tuan Abil serahkan pada kami paspot, boarding pass, surat My Travel Pass atau Kebenaran untuk keluar Malaysia bagi warganegara Malaysia dan surat keputusan negatif covid-19. Nampaknya macam-macam prosuder sekarang ni untuk Travel. Sikit masa lagi, kena vaksin dan kena ada paspot vaksin untuk buktikan kita selamat dan tidak mendedahkan orang lain kepada jangkitan. Walaupun terbukti dah ambil vaksin pun masih kena jangkitan.
Tepat masanya, kami dibawa ke perut pesawat untuk diterbangkan ke bumi Haramain. Banyak seat kosong. Kena tunjuk bukti kami bebas covid-19. Takut betul semua orang dengan musuh yang tak boleh dilihat ini. Kalaulah macam itu anjang waspada terhadap nafsu dan syaitan, musuh utama orang mukmin, dah lama anjang jadi orang bertakwa tapi….😭😭😭. Dalam flight pun diberi borang berkaitan covid-19 yang perlu diisi.
Alhamdulillah perjalanan 8 jam 30 minit. Anjang tengok National Geographic dan pastu tidur berbaring keletihan. Tuan Nasir, solat Maghrib Isyak dan lengkap tarawih di seat. Itu bezanya Tuan Nasir. Kami pula solat di vila GISBH. Dalam flight tidur keletihan. Pesawat ni beri sikit kuota wi fi untuk What’sapp. Nak lebih kena beli.
Oleh kerana perjalanan menuju arah matahari terbenam, kami sampai pada hari yang sama. Turun di Air port baru Jeddah yang moden. SOP tetap diutamakan. Surat bebas Covid-19 diperiksa. Disahkan. Yang peliknya pegawai imigresen di paspot Control nampaknya semua perempuan sedangkan jam di awal pagi. AirPort baru ni, tak ada naik turun bas dah. Guna train. Alhamdulillah.
Setelah selesai urusan cop paspot kami menuju ke tempat pengambilan bagasi. Tuan Adib pula lambat sedikit urusannya. Mungkin kerana bekas tarhil 2013 dulu. Tapi semuanya ok. Mengambil perkhidmatan 3 orang penolak wheel chair kami menuju ke pintu keluar. Di sana En Ikrimah dan kawan-kawan telah siap menunggu. Menuju ke Parking Lot, anjang dapat lihat sebuah aquarium air masin yang besar, setinggi 3 lantai bangunan. Macam kat sebuah mall di Casablanca. Nanti akan ada sebuah akuarium besar di Pejabat Pentadbiran GISBH Pusat di BCH, InsyaAllah.
Hidup berjemaah ini penuh rahmat. Memang itu yang Rasulullah beritahu. Antara rahmat dan berkat yang anjang rasakan ialah, bila sampai dah ada kenderaan tunggu. Dua buah GMC besar. Kenderaan pun milik GISBH. Bag dan bagasi disusun. Ikramiah diberi kepada Bangla yang berkhidmat dan kereta meluncur membelah kegelapan malam menuju ke Mekah. Orang Malaysia dah mula berpuasa, kami masih belum sampai vila lagi.
Perjalanan lebih sejam tak terasa, bukan kerana terlalu laju atau terlalu selesa tapi kerana anjang tersambung tidur. Akhirnya dalam jam 3am waktu Saudi, malam 1 Ramadan, kami sampai ke vila GISBH Mekah. Kira-kira jam 8 am di Malaysia.
Terima kasih atas doa semua. Akhirnya rombongan ini selamat sampai ke destinasi tepat 1 Ramadan 1442H. Kembara Haramain Ramadan 1442 H.
Ada rezeki anjang tulis lagi…
Musolla Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah.
8.35am, 5 Ramadan 1442H.
April 17, 2021
آلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
رمضان المبارك..
Sukanya dpt ke Mekah.. Anjang dan grup GIsb yg dimuliakan..
Jika boleh bagi tahulah bila lg tempahan flight dibuat maklum dlm musimm pkp…yg gtu..lagipun tambangnya?
Boleh share..
Tkasih Anjang
Doakan kami mudahan berkat ..