AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Tinjau Pertanian Ikhwan bersama Pak Wahab Siri 1

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pada 8hb April 2021, anjang melawat ke salah sebuah ladang pertanian GISBH iaitu Lembah Berkat 2 terletak di Selangor Fruit Valley, Rawang.

Anjang pergi sana dengan Ust Jamal. Kami panggil Ust Jamal Pertanian kerana dia dari dulu memang terlibat dengan pertanian. Kami gerak dari PPI BCH dah petang. Anjang memang cadang nak tidur sana sebab di sana ada Pusat Latihan RPU bahagian pertanian. Ni cerita sebelum Ramadan, sebelum Tun M datang BCH, sebelum anjang ke Mekah lagi. Siapa yang belum ke LB2 ni lagi? Best. Kena pegi.

Ni la Ust Jamal Pertanian.

Kami gerak lalu jalan Batu Arang menuju Kuala Selangor. Lalu jalan yang bengkang bengkok macam ular kena palu. Banyak kawanan monyet menunggu orang memberi makanan. Habitat mereka telah musnah. Yang ada hanya sedikit lapisan pokok-pokok hutan di kiri kanan jalan sedangkan belakangnya telah gondol diteroka. Jadi monyet-monyet ni hanya menanti rezeki yang dicampakkan dari tingkap kereta kepada mereka. Ada yang besar, kecil, ibu mendokong anak dan sudah tentu ada yang kena langgar kenderaan. Bila dapat makanan yang dicampak samada roti, pisang dan buah-buahan, mereka berebut-rebut. Begitulah monyet.

Pak Wahab Pakar Pertanian Ikhwan

Sampai di pintu Selangor Fruit Valley yang berdekatan dengan ladang GISBH dah lebih jam 7pm. Gate dah tutup. Jaga dah habis tugas. Dah balik. Terpaksalah kami masuk melalui pintu utama. Jauhlah sikit. Dah la jauh, nak ke LB2 tu kena patah balik. Ampun.

Masuk menuju ke LB2 mula-mula jalan tar. Pastu tanah merah. Macam Air Bintan. Yang sesuai sebenarnya 4WD. Kalau Wira ni memang akan menambah bunyi-bunyi di body kereta …. duitttt… duitttt… macam tu la bunyinya. Dah skru dan lain-lain longgar kena keluar duit la.

Sampai LB2, anjang siap-siap solat maghrib. Solat dengan semua remaja di situ. Pak Wahab tak ada. Belum balik dari Rembau ambil buluh. Ambil buluh untuk jadikan tiang ikat pokok terung.

Lepas sembahyang, Syafiq ada tanya-tanya anjang nak isi program ke? Anjang kata, anjang nak ziarah je. Sembang-sembang tak rasmi boleh la. Malu nak isi program. Anjang pun belum masuk zon selamat lagi.

Malam tu kalau tak silap anjang, kami makan mi goreng mamak. Sedap juga RPU ni masak. Nampak team dapur dah ditetapkan orangnya. Tak la gilir-gilir atau main tangkap muat je. Antaranya si Uzair. Sebelum ni biasa jadi bilal di BCH. Dia tanya, kasut Skechers anjang yang lama mana? Anjang kata dah beri orang lain. Kesian dia. Ada rezeki, dapat la tu nanti.

Malam lepas sembang-sembang dengan mereka, anjang tidur di bilik Abi-abi. Ada Abi Azmi OK. Dia Ok je. Ada Ehsan. Dulu biasa jumpa di Batu Pahat. Bilik tu kecil je tapi siap ada bilik air di dalam. Mudahlah untuk qada hajat. Ada dua katil dan tambahan alas tidur yang lain. Malam di sini tak sunyi. Penuh dengan bunyi katak sahut menyahut. Cengkerik dan hidupan hutan.

Bangun awal pagi, mandi air tong yang di pam dari kolam. Airnya ok. Bersih. Tak sejuk sangat. Cuma nampak kesan karat di lantai bilik air. Mungkin kerana kandungan asidnya agak tinggi.

Alhamdulillah nampak la aktiviti ibadah malam para RPU di sini. Biasanya kena selesaikan solat taubat, hajat, tahajjud dan witir serta selawat sebelum masuk waktu subuh. Selepas solat Subuh berjemaah, masing-masing boleh selesaikan wirid zikir. Oleh kerana ramai yang mengantuk, mereka berwirid sambil berjalan dalam bulatan seperti bertawaf. Abi Azmi OK dan Ehsan pun join sekali. Lepas tu mereka ada perbarisan di luar dengan berpakaian seragam RPU.

Ok seterusnya korang tonton la video di bawah. Anjang tak larat tulis semua. Lagipun dah dekat nak buka ni. Jam 6.07 PM. Malam ni ada jamuan makan malam di rumah Muhanddis Salim, tuan rumah Vila GISBH Mekah ni. Dia nak jual vila ni dengan harga 7 juta Riyal. Tapi kena bayar cash 50%. Tak ada ke orang-orang kaya di Malaysia nak bayarkan? Biar GISBH yang jaga. Besar pahalanya sebab dalam tanah Haram. Bukan sedikit orang yang telah menziarahinya dan berbincang tentang Islam termasuk menteri, artis, hartawan, mufti, dari berbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Saudi, Turki, India, Pakistan, Uzbekistan dan lain-lain. Kalau seorang sahaja yang dapat hidayah untuk amalkan Islam, pahalanya akan berterusan. Lebih-lebih lagi buat kebaikan di Tanah Haram Mekah ini pahalanya berlipat kali ganda. Ramadan lagi… 7 juta Riyal je. Nanti Allah akan ganti ….

Vila GISBH Mekah

6.14pm, Apr 19, 2021

sila tonton. Jangan lupa subscribe, like, komen dan share

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *