AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Melawat Kilang Kurma di Buraydah, Qassim

Kongsikan kepada yang lain
Share

Melawat Kilang Kurma di Buraydah, Qassim

Salam ceria.
Apa khabar semua? Orang Malaysia dan Indonesia dah selesai buka, solat fardhu dan tarawih. Kami masih belum berbuka di Saudi.

Rombongan YBhg Tuan Nasir telah selamat tiba di vila GISBH Madinah sebelum Zuhur tadi dari Buraydah, Qassim setelah dua malam di sana.

Semalam kami diberi kesempatan melawat kilang pembungkusan kurma Amer di Buraydah, Qassim. Amer yang modalkan tapi Abdul Sobur yang jalankan.

Sebenarnya, selepas Subuh pemuda-pemuda tu dah kira nak landing, nak tidur sebab sepanjang malam mereka tak tidur. Begitulah di sini, orang bukan tidur waktu malam. Lepas Subuh bantai nak tidur.

Tuan Nasir pesan pada Tuan Abil supaya beritahu mereka pantang besar Tuan Nasir kalau tidur lepas Subuh, sebab Tuan Nasir ikut Ustaz Ashaari. Tidur lepas Subuh hilang keberkatan. Bila sebut pada dia orang, terus bingkas duduk dan dengar pesanan Tuan Nasir sampai habis. Pastu terus panaskan engin kereta untuk keluar.

Kami melawat bandar Buraydah sebelum ke Kilang Kurma. Dapat la tengok suasana pagi hari bulan Ramadan di sini. Kilang yang Amer sewa ni sangat besar. Sewanya 2 juta Riyal setahun. Baru 2 bulan ambil. Baik pulih je dah habis 700 ribu Riyal. Sebab ketika baru ambil, salji turun di sini dan bumbung kilang runtuh. Rupanya kadang-kadang Saudi ada salji.

Pekerja seramai 75 orang. Abdul Sobur yang uruskan. Kilang ni hanya fokus pembungkusan buah kurma petani. Kurma yang dihantar ke sini di pack-pack seberat 8kg satu kotak. Upah yang dikenakan ialah sebanyak 9.20 Riyal sekotak. Peliknya kalau ada yang kata Tuan Nasir nak beli kurma, kilang ni tak jual kurma, cuma ambil upah bungkus kurma sahaja.

Satu hari kurma dibungkus sebanyak 6000 kotak ke 8000 kotak. Target Amer untuk mendapatkan kemasukan sebanyak 12 juta Riyal setahun. Muda lagi Amer dan Abdul Sobur ni tapi ‘otak jalan’. Moga kilang ini berjaya memberi khidmat kepada petani-petani penanam kurma di Saudi ini dan khidmat untuk kurma sampai ke seluruh dunia melalui pembungkusan di sini. Agar semua orang dikaitkan dengan Rasulullah memandangkan kurma adalah antara makanan kegemaran baginda SAW. Ada maksud hadis mengatakan, “Berbukalah kamu dengan kurma kerana padanya ada keberkatan.”

Dulu dalam tahun 2012, GISB ada Ladang kurma terletak di Khulail, Syarie Baidha’. Iaitu di antara Madinah ke Jabal Baidha’ atau Bukit Magnet. Dalam 23 km dari Madinah. Tak le jauh sangat dari Masjid Nabi. Tetapi ia di tanah halal. Kawasan itu sangat subur. Air bawah tanahnya banyak. Airnya agak masin yang sangat sesuai untuk tanaman kurma. Kerana pohon kurma memerlukan cuaca yang panas dari atas tetapi akarnya digenangi air untuk menghasilkan buah yang berkualiti.

Dek kerana kesuburan tanah sekitar inilah khabarnya dahulu Saiyidina Zubair Al Awwam pernah mempunyai ladang yang luas dengan pekerjanya mencapai 4 ribu orang!!! Tapi demi Islam, tiada apa yang tinggal sekarang, semuanya dikorbankan untuk Islam. Hanya sebuah masjid dibina oleh orang kemudian yang diberi nama Masjid Zubair Al Awwam.

Keluasan ladang GISB ketika itu tidaklah luas sangat, sekadar 7 ekar sahaja, kerana bukan mudah masyarakat tempatan mahu menyewakan tanah mereka kepada orang asing kerana pertanian kurma sudah menjadi sebahagian identiti khas mereka.

Sewanya tak mahal cuma 60ribu Riyal Saudi setahun sedangkan sewa di sini ikut bilangan pokok yang berbuah, pokok jantan tak kira. 1 pokok 1 ribu riyal sewanya. Ketika itu GISB mempunyai 320 batang pokok berbuah. Patutnya sewa kena bayar paling kurang 320 ribu riyal tapi kenapa dapat 60ribu riyal sahaja? Itulah faktor rumpun bangsa! At Tamimi!!!.Abu Yasir tuan ladang itu dari kabilah At Tamimi, bila dia tau, Almarhum Ustaz Ashaari dari Bani Tamim, maka sewa ladang beserta chalet dan kolam renang diberi harga adik beradik. Sangat murah. Berkat… Berkat…

Jenis Kurma

Dari 320 batang pokok, ada 6 jenis kurma terdapat di situ:

1-Ajwa

2-Syafawi

3-Rabia

4-Rotana (macam nama stesyen tv je)

5-Baith

6-Syalabi

Pokok Rabia paling banyak dan Rotana. Pokok Ajwa paling istimewa. Kenangan betul anjang dapat jadi petani kurma ketika itu walaupun sekejap.

Tahun 2021 ini lain pula kisahnya. Melawat sebuah kilang pembungkusan kurma tapi jauh dari Madinah, sejauh 450 km dari Madinah dan 1000 km dari Mekah. Sebab itu orang tanya tentang banjir di Mekah, Azmin Ali bantu tarik air bersihkan lantai Masjidil Haram, anjang tak tau. Jauuuuhh sangat.

Ok, apapun selamat menonton.
Vila GISBH Madinah
5.39pm, Apr 29, 2021

sila klik untuk tonton video

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *