AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

NELAYAN GISBH TOK BALI MENJAHIT PUKAT YANG KOYAK

Kongsikan kepada yang lain
Share

NELAYAN GISBH TOK BALI MENJAHIT PUKAT YANG KOYAK

Mengetahui dan memahami sesuatu bidang dengan mendalam secara praktikal akan melahirkan pakar-pakar dalam masa yang singkat.

Pakar itu pula bukan pakar cakap, pakar buat kertas kerja, pakar komen, keyboard warrior, pakar-pakar yang walaupun bertauliah tetapi ‘barai’ di lapangan. Ia pakar yang bermula dari bawah, mengetahui secara detail proses setiap peringkat. Kalau ilmu nelayan laut dalam ni, mereka kena mengetahui semua sudut dari sudut penginapan, susunan kerja di penempatan, jadual dan disiplin ibadah, beli bahan mentah, memasak, menghidang, makan minum, jadual jaga malam, kebersihan.

Mereka juga kena memahami modal keluar ke laut, bekalan minyak, ais untuk simpanan ikan, bekalan air tawar, bahan mentah untuk makan minum seperti beras, minyak, gula, garam, bawang, teh, kopi, milo, biskut, mi segera dll.

Lebih-lebih lagi, perkara yang berkaitan secara langsung dengan penangkapan ikan berkaitan kapal dan apa yang ada di dalamnya seperti GPS, sona, kompas, pukat, robot, unjam, joran, engin kapal, genset, pam air dll.

Setiap kali turun ke laut, macam-macam keadaan boleh berlaku. Berbagai kemungkinan boleh terjadi. Semuanya memerlukan persiapan diri dan keputusan yang tepat dari tekong serta sokongan semua. Dari engin mati, pam rosak, bateri tak cas, minyak habis, pukat koyak, air masuk kapal, tali sauh putus dan macam-macam lagi.

Oleh itu dalam GISBH khasnya team nelayan, ilmu di semua bidang tersebut dipelajari secara langsung apabila seseorang disusun menjadi ahli team nelayan sepenuh masa atau kursus berkala. Contohnya apabila pukat koyak dan kembali ke jeti, seperti lain-lain nelayan juga, remaja GISBH atau RPU akan terlibat belajar menjahit pukat. Ia memerlukan ilmu, bimbingan dan peralatan. Belajar dari nelayan lama atau ‘otai’, RPU Kluster nelayan telah mula pandai menjahit pukat yang koyak. Moga-moga dengan terjun secara praktikal di semua sudut kerja akan dapat melahirkan nelayan muda yang pakar dan kreatif. Ia akan menjadi aset kepada GISBH dan anak bangsa ini kerana dari pakar-pakar ini pula, kita akan dapat melahirkan ramai lagi pakar-pakar yang lain. Jadikan profession nelayan sebagai tempat kita membina rasa hamba, jiwa hamba, kerana kita memang hamba Allah juga melatih diri mengambil tanggung jawab sebagai khalifah dalam mentadbir, mengurus, menyusun orang-orang dan peralatan yang berkaitan dengan laut dan perikanan ini supaya sesuai dengan syariat Allah dan akhlak Rasulullah SAW. Moga Allah jayakan niat dan cita-cita GISBH.

Dewan Vila GISBH Madinah

9.11am, Apr 30, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *