AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kumpulan Malakat, GISB bakal jalin kerjasama demi jayakan ekonomi umat

Kongsikan kepada yang lain
Share
Bacaan doa semasa majlis perasmian Malakat Grocer di Alam Damai hari ini.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat bersama GISB Holdings Sdn Bhd. (Global Ikhwan Services &
Businesses Holdings) bakal mengadakan kerjasama bagi menyatukan kekuatan ekonomi umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat, Mohd Fadzil Hashim berkata, usaha itu penting kerana usaha untuk mengukuhkan ekosistem ekonomi Islam perlu dilakukan secara bersama dan bukannya bersendirian.

“Semalam ketika menghadiri majlis Himpunan NGO-NGO Bersama Ulama, Pendakwah dan Negarawan saya ada berbincang bersama Datuk Lokman Hakim Pfordten (Ketua Pegawai Eksekutif GISB) untuk menyatukan kekuatan, amalan kerja yang baik dan rantaian pembekalan.

“Semua orang sekarang hendak balik kepada agama, tapi kita tak boleh buat sendirian kena ada kordinasi. Kalau Ikhwan buka kedai di satu kawasan, Malakat tidak boleh buka di situ juga. Kita tidak perlu bersaing sesama sendiri kerana pasaran yang ada besar.

Pasar raya Ikhwan Mart milik GISB

“Contoh lain, kalau MyKampung Freshmart milik Ustaz Firdaus Wong dibuka di situ, kita jangan buka di situ, sekurang-kurangnya kalau hendak buka perlu jarak satu kilometer,” katanya dalam sesi Live Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, idea untuk menyatukan ekonomi umat Islam juga dipersetujui oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISB itu.

Beliau berkata, konsep tarbiah yang diamalkan oleh penyokong GISB dalam memajukan sistem
ekonomi mereka boleh dicontohi kerana ia bukan sahaja telah terbukti di Malaysia malah turut berkembang di luar negara.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim 

“Kita kalau hendak makan pun perlu pada agama, kalau tak, mungkin makanan yang kita beli itu tak halal. Malah, kalau pergi ke pasar lain kita sendiri tak dapat pastikan orang itu beriman atau tidak.
“Sehubungan itu, Datuk Lokman telah menyatakan kesediaan untuk kita bekerjasama, ini juga merupakan satu usaha untuk satukan kekuatan. Saya katakan pada Datuk Lokman inilah masanya, kita tak boleh tunggu lagi.
“Doakan kita boleh buat usaha ini dengan berpandukan kepada guru mursyid. Kami ada ustaz pembimbing Ustaz Masridzi Sat; Aminudin Yahaya; Zainul Rijal dan lain-lain. Selepas hari raya ini kita akan adakan satu kempen baharu,” katanya.-MT

Kredit: Malakat Tribune

AM: Umat Islam mesti cari sebab-sebab untuk bersatu bukan fokus perkara yang membawa perpecahan dan saling belajar antara satu sama lain. Ia akan membantu menguatkan umat Islam dengan asas iman dan takwa serta menjaga syariat yang utama iaitu sembahyang. Seperti yang disebut oleh Coach Fadzil, tarbiah yang ada dalam GISBH boleh dicontohi dalam perkataan yang lain, pembinaan Insaniah yang amat diambil berat dalam GISBH perlu dicontohi. GISBH menjadikan aset utama dalam bisnes ialah hubungan dengan Allah. Dari rasa takut, malu, harap, bimbang, lemah, dhaif, rasa sentiasa diperhatikan, didengari semua dari kita hatta yang di dalam hati pun Allah dengar, dari rasa-rasa yang disebut sebagai rasa kehambaan inilah yang membina jatidiri staf GISBH untuk jujur dengan tugas. Ia juga keselamatan dunia akhirat kita. Inilah aset yang utama. Dari rasa-rasa inilah membina ketakwaan seseorang. Dengan takwa boleh dapat semua keperluan kita kerana Alla berjanji menolong orang yang bertakwa. Malah jika ada masalah, Allah akan beri jalan keluar. Malah lebih dari itu, takwa boleh menjana duit dengan rezeki tanpa diduga dari mana datangnya. Firman Allah:

وَمَنۡ يَّـتَّـقِ اللّٰهَ يَجۡعَلْ لَّهٗ مَخۡرَجًا

وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ ؕ

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah، nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

At Tolaq: 2-3

Takwa itulah ‘Modal Insan’ yang sebenar. Dari takwalah dapat membina perniagaan yang boleh menjadi contoh kepada umat Islam. Perniagaan umat Islam tanpa takwa atau tanpa ‘Modal Insan’ yang sebenar tidak akan berjaya. Hanya berharap kepada subsidi dan bantuan. Bila dapat bantuan tunai, bukan dirancang dan digunakan untuk perniagaan tetapi digunakan untuk membeli kenderaan mewah, bergaya-gaya dan menunjuk-nunjuk, membeli jam tangan dan telefon bimbit berjenama. Bila buat produk makanan umpamanya rasa sentiasa berubah-ubah, tak standard. Bila barang telah mendapat tempat di hati masyarakat, bekalan pula habis. Order-order tak dapat. Bila tak ada takwa, pemalas. Buka kedai lewat. Kedai kotor. Malas cuci. Kreatif tak ada. Susunan kedai kekal design lama. Tak menarik. Pekerja tak puas hati dengan majikan. Majikan tak ambil hati pekerja. Ada peluang, staf khianat, ambil duit syarikat. Sesama staf bersengit hati. Tak puas hati. Tak berukhuwah. Dengan pelanggan bermasam muka. Bila pelanggan tak ada, hadap hp, tengok video lucah, main game, layan media sosial, hp jadi sumber dosa dan kemurkaan Allah. Dosa di tapak tangan. Tanpa takwa, perniagaan hanya mendekatkan diri ke neraka. Di dunia tak bahagia, di akhirat bakal diseksa. Tanpa takwa hati akan merancang buat benda-benda kotor akhirnya hasad dengki, mengadu domba, pecah belah. Jika modal insan ini rosak bila meniaga, perniagaan tak jadi ibadah; Allah tak terima. Makin meniaga, semakin terhina. Dapat untung makin jauh dengan Allah, berbangga-bangga, rasa diri hebat, sembahyang tak jaga, lewat dan qada’ jadi biasa. Anak isteri dimewah-mewahkan. Kalau rugi pula, lebih jauh dari Allah. Menyalahkan semua orang lain. Diri dia betul belaka. Tak rasa nak muhasabah diri. Kecewa dan putus asa.

Musolla Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah, Saudi

8.39pm, Mei 2, 2021

  • https://www anjangmuor com/2021/05/02/kumpulan-malakat-gisb-bakal-jalin-kerjasama-demi-jayakan-ekonomi-umat/ (2)
  • gisb cyberjaya (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *