Dato’ CEO GISBH di Persidangan NGO-NGO bersama Ulama, Pendakwah & Negarawan
Dato’ CEO GISBH di Persidangan NGO-NGO bersama Ulama, Pendakwah & Negarawan
Tarikh: 1/5/2021
Masa: 1.00 pm-Berbuka
Lokasi: Tamu Hotel & Suites Kampung Baru.
Menjadi dasar GISBH menjalin hubungan dengan semua golongan dalam masyarakat di semua peringkat kerana begitulah cara hidup Islam yang sebenarnya. Islam tidak eksklusif pada bangsa tertentu, negara tertentu, peringkat umur tertentu dan lain-lain bahkan untuk seluruh makhluk kerana ianya, ‘Rahmatan lil ‘Aalamin’.
Oleh itu GISBH akan tetap berhubung dengan semua golongan untuk sama-sama mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan. Apabila ada peluang atau dijemput ke majlis tertentu GISBH akan menghantar wakil. Antara yang biasanya menjadi wakil GISBH ialah Tuan CEOnya, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.
Pada 1hb Mei 2021, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah menghadiri program Persidangan NGO-NGO bersama Ulama, Pendakwah & Negarawan di Tamu Hotel & Suites Kampung Baru.
Program tersebut berlangsung dari Zuhur hingga waktu berbuka, dilanjutkan juga dengan solat tarawih dan program perbincangan santai bersama tokoh-tokoh ulama dan NGO. Di majlis ini YH Dato’ CEO mengambil peluang berjumpa dengan wakil-wakil NGO dan Ulama. Ada yang mengatakan, “GISB ni banyak bergerak secara solo je tak nak campur mereka.”
Di kesempatan itu YH Dato’ CEO menjelaskan bahawan GISBH telah melaksanakan program-program bersama warga usahawan bumiputra dan menawarkan khidmat nasihat serta membantu memasarkan produk mereka melalui rangkaian perniagaan GISBH yang sedia ada. GISBH juga telah mewujudkan grup what’sapp di kalangan usahawan dan pengeluar produk di sekitar daerah Majung lebih awal dari pembukaan Pasaraya Ikhwan Sri Manjung sebagai membuka peluang kepada mereka untuk memasukkan barangan dan produk masing-masing apabila pasaraya berkenaan dibuka. Respon dari masyarakat sangat positif dan menggalakkan. Antara lain juga ialah pengagihan makanan Jumaat Berkat dan lain-lain.
Setelah menerima penjelasan dari Dato’ Lokman, barulah mereka faham. Sebelum ini mereka hanya mendengar dari jauh sahaja, sebab itu mereka tidak berani hendak ajak bersama. Apabila mendengar dan melihat sendiri gambar-gambar dan penerangan dari YH Dato’ CEO barulah mereka ingin bekerjasama bersama-sama GISBH untuk memperjuangkan Islam. Kelihatan masing-masing saling bertukar pendapat bagaimana untuk mendapatkan formula yang tepat untuk memperjuangkan Islam di akhir zaman ini.
Moga-moga dengan berkat Ramadan yang mulia ini, GISBH dapat membuat peningkatan dan kemas kini syarikat dengan berlipat ganda agar semua golongan dapat menjadikannya contoh untuk ditiru oleh semua golongan.
Antara yang hadir:
- SS Dato Seri Mufti Pahang.
- Dato Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bekas Ketua Pengarah JAKIM.
- Tuan Guru Habib Ali Zainal Abidin.
- Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz Al Jenderami.
- Tuan Haji Aminuddin Yahaya, Pengerusi Pembela.
- Tok Singa.
Musolla Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah
6.39am, Mei 4, 2021
- https://www anjangmuor com/2021/05/04/dato-ceo-gisbh-di-persidangan-ngo-ngo-bersama-ulama-pendakwah-negarawan/ (3)