MELAWAT DAPUR BARU MILIK SYEIKH JAMIL AL-FAQEH
Salam ceria.
Kalau nak masak untuk ahli keluarga, cukuplah dapur yang ada di rumah. Nak masak untuk pelanggan restoran, dapur di restoran dah memadai. Tapi kalau nak siapkan masakan katering jemaah haji dan umrah yang bilangan mereka boleh mencapai ribuan orang, kena ada dapur khas.
Lebih-lebih lagi ia dibuat atas nama perniagaan, ia perlu ada lesen dan memenuhi ciri-ciri dan syarat-syarat yang pihak kerajaan tetapkan. Ia supaya memastikan penyediaan makanan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran dll mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan kerana penjagaan makanan sangat penting. Keracunan makanan boleh berlaku bila-bila masa kalau cuai dan kurang kawalan. Lebih-lebih lagi cuaca di Saudi yang panas menyebabkan makanan mudah rosak.
Semalam anjang ikut Tuan Nasir dan RPU melawat Dapur Kormesial Syeikh Jamil Al-Faqeh. Syeikh Jamil adalah pemilik Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah. Ia dapur baru yang belum digunakan lagi. Bangunannya tersendiri, terasing dari bangunan lain. 2 tingkat yang sangat luas dengan 2 lift. Terdapat ruangan turunkan barang, ruangan dapur yang sangat luas, bilik proses sayur-sayuran, bilik potong daging, cold room, chiller dll yang sangat lengkap. Syeikh Jamil menawarkannya untuk disewa atau dibeli. Setakat ini GISBH survey dahulu, belum bercadang mengambilnya memandangkan jemaah umrah dan haji belum dibuka lagi. Malah yang terkini, penerbangan direct dari Malaysia termasuk dalam negara yang dilarang masuk ke Saudi, mungkin kerana peningkatan kes-kes covid di Malaysia.
Vila GISBH Mekah
6.05pm, Mei 6, 2021