AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kunjungan ke Kediaman Duta Malaysia ke KSA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kunjungan ke Kediaman Duta Malaysia ke KSA

TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi, Dato’ Abd Razak Abdul Wahab

Salam ceria.

Duta Malaysia ke sesebuah negara umpama ayah atau ayahanda bagi rakyat Malaysia yang merantau di negara itu. Dialah tempat merujuk, mengadu, mendapatkan maklumat yang tepat mengenai suasana negara tersebut dan tanah air. Bukan maklumat-maklumat separuh masak apa lagi fake news. Oleh itu membuat perhubungan dan menziarahi duta Malaysia di sesebuah negara yang GISBH berada adalah satu kemestian bagi kami atas panduan Pengerusi Eksekutif GISBH.

Begitu juga di KSA (Kingdom Of Saudi Arabia), Tuan Nasir dan para ALP mengajak kami menziarahi TYT Duta Besar Malaysia ke KSA, Dato’ Abd Razak Abdul Wahab di kediaman rasmi beliau di Haiyu Safarat, Riyadh. TYT Duta pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki dan GISBH mempunyai hubungan baik dengan beliau. Apabila dimaklumkan kepada beliau akan hasrat rombongan GISBH menziarahinya, beliau amat mengalu-alukan. 

Begitu mesranya Dato’ TYT. Cuma lokasi pertemuan ada perubahan.

Di kediamannya yang tinggal hanya TYT Duta, isterinya, housetaker dan guard sahaja. Beberapa hari sebelum Aidil Fitri  semua kelurga staf kedutaan telah bersiap-siap hendak menyambut raya bersama-sama tetapi sehari sebelum raya, dimaklumkan kerajaan Saudi melarang diadakan majlis maka majlis sambutan dibatalkan tetapi untuk rombongan GISBH mereka terima pula walaupun yang datang 3 kenderaan.

Kerajaan Arab Saudi mengkhususkan kedutaan dan kediaman diplomat di Hayy As Sifarat. Oleh itu kawasan ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Kelihatan ada kereta peronda Polis dan sekatan jalan ke sini. Bila ditanya, Tuan Abil maklumkan untuk kami ke kediaman TYT Duta Malaysia, mudah diberi laluan. Memang banyak urusan kami di Saudi dimudahkan sejak dari Malaysia lagi, malangnya orang menyangka kami menggunakan kabel untuk ke sini sedangkan semuanya menggunakan prosuder biasa. Kalau ada pun kabel, itulah kabel doa dan solat hajat kepada Allah di malam hari. 

Tuan Nasir mengisi catatan buku Pelawat

Kami disambut dan dialu-alukan kedatangan oleh TYT Duta dan pegawai-pegawai kedutaan di muka pintu vila rasmi Duta Besar lalu dipersilakan untuk menandatangani buku pelawat.

Setelah itu kami dibawa masuk di ruang tetamu dan Dato’ Duta berbual mesra dengan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten. Bersama-sama beliau adalah para pegawai kedutaan. Dato’ banyak bertanya khabar dan berbual mesra di sini hingga semua ahli rombongan masuk lalu mempelawa kami ke meja makan untuk jamuan. 

Oleh kerana bilangan kami agak ramai, sebahagian lagi menjamu selera di ruang yang lain. Ketika di meja makan, isteri TYT masuk dan mengalu-alukan kedatangan tetamu serta mengambil tempat di sebelah Puan Azura Mohd Yusof dan memohon kemaafan kerana tidak dapat melayan sebaiknya di musim covid begini. Sebenarnya sambutan dengan kasih sayang dan kemesraan itu lebih indah dari yang lain.

Dato’ TYT Duta sangat berbesar hati dengan kedatangan rombongan GISBH ke kediaman rasmi beliau di Riyadh. Vila tersebut telah siap dibina sejak 1995 dan pernah dihuni oleh Dato’ Wan Mokhtar, Dato Ismail Ibrahim dll. Beliau sendiri merupakan Duta Malaysia ke 9 di sini. Dato’ memperkenalkan pegawai-pegawainya dan Dato’ CEO GISBH pula memperkenalkan rombongan GISBH. 

TYT Dato’ dan pegawainya berulang-ulang mengharapkan GISBH dapat membuka cawangan di Riyadh khasnya restoran memandangkan ramai warga Malaysia juga warga negara-negara ASEAN di sini. Dato’ sendiri bersedia untuk promosikan restoran GISBH jika ada di Riyadh kepada rakan-rakan dari kedutaan Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia dll. Pada Dato’, jika dibuka Mini Mart barangan Asia Tenggara pun akan mendapat sambutan baik di Riyadh.

Dato’ juga menyebut mengenai beberapa buah syarikat yang berminat untuk membuka cawangan di Malaysia dan ingin mencari rakan kongsi di negara kita. Pada Dato’, GISBH lah sebaiknya menjadi rakan kongsi mereka kerana mempunyai pengalaman yang banyak di dalam dan luar negara. 

Di pihak GISBH, Tuan Nasir dan Dato’ Lokman menceritakan hasrat GISBH untuk terlibat dalam pengilangan air dan jus, kilang biskut untuk dieksport ke Malaysia juga terlibat dengan penternakan ayam di sini. Ibu Azura juga membuka perkembangan terkini unit Maritim GISBH dengan pembelian bot nelayan dan penglibatan RPU dalam bidang perikanan laut dalam berpusat di Tok Bali, Kelantan. 

Setelah menjamu selera, TYT Dato’ bersama pimpinan GISBH  dihiburkan dengan persembahan beberapa buah nasyid daripada Generasi Harapan yang diketuai oleh Tuan Adib sendiri dan tayangan profile GISBH serta filem pendek. Pihak GISBH juga menghadiahkan cenderahati berupa barangan frozen Ikhwan kepada Dato’. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Sesungguhnya bertemu sesama warganegara di negara orang lebih sangat mesra berbanding bertemu di tanah air sendiri. Kami tinggalkan TYT Dato’ dan team dengan pelawaan untuk beliau ke Mekah meninjau projek GISBH di sana khasnya Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah di mana terdapat ternakan unta, kuda, kambing dll.

LA CASA Compound, Riyadh

8.31pm, Mei 26, 2021

Jangan lupa tonton videonya

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *