AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Melawat Kilang Biskut Deemah, Riyadh

Kongsikan kepada yang lain
Share

Melawat Kilang Biskut Deemah, Riyadh

Salam ceria.

Pengguna biasa, hanya tahu menggunakan apa saja produk makanan yang ada di pasaran. Dia tak fikirkan apakah produk itu berkualiti atau tidak. Status kehalalannya, negara pengeluar dll. Yang penting, boleh guna, wa Khalasss! 

Pengguna yang ada sedikit kesedaran, akan meneliti produk itu dapat sijil halal ke tak? Nutrition Facts dia macam mana? Dapat sijil halal dari mana? Masih valid atau tak? Mereka agak cerewet sedikit, Apabila berkaitan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut.

Di dalam GISBH, kami sangat menyakini bahawa hati seseorang dibentuk oleh Allah Taala mengikut apa yang dia makan. Kalau suci dan halal, InsyaAllah akan membentuk hati yang bersih dan bercahaya. Mudah menerima kebenaran. Mudah membentuk peribadi dan akhlak mulia seseorang. Oleh itu GISBH bercita-cita agar setiap makanan yang di makan oleh umat Islam benar-benar halal 100% agar melahirkan masyarakat yang baik dan harmoni.

Oleh itu, di antara penelitian pimpinan GISBH ialah biskut dimakan oleh semua golongan umat Islam di Malaysia. Selalunya ia menjadi kudapan dengan teh panas atau kopi O di pagi atau petang hari. Semua orang makan biskut. Raja, rakyat jelata, menteri, YB, pegawai tinggi, pencuci lantai, pekerja swasta, pejawat awam, pelajar, penganggur, lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang muda, lebih-lebih lagi warga tua, semuanya makan biskut. 

Di kampung saya ada istilah ‘Biskut Mayat’ iaitu biskut yang dihidangkan kepada orang ramai yang menziarahi kematian sementara jenazah ditajhizkan. Biasanya biskut tawar empat segi yang agak keras tu. Malangnya biskut di Malaysia ni hampir tak ada keluaran orang Islam. Oleh itu jatuh ‘Fardhu Kifayah’ mengusahakan kilang biskut atau membawa biskut yang dibuat oleh orang Islam ke Malaysia. Tak buat berdosa tau! Dah puluh tahun merdeka, biskut pun kita masih belum pandai buat.

Oleh kerana pimpinan GISBH berada di Saudi dan Allah izinkan untuk meneruskan aktiviti Ziarah-Dakwah-Tijarah maka semalam YBhg Tuan Nasir dan rombongan melawat sebuah kilang membuat biskut di Riyadh. Namanya Deemah. Ia atas jasa Saudara Abdullah Al Yamani yang mengatur kami untuk membuat lawatan ke sini. Lebih-lebih lagi memang kami telah berada di sini kerana bertemu dengan TYT Duta Besar kelmarin.

Alhamdulillah kami sampai dan masuk ke bangunan kilang jam 8.58 am. Di ruang lobi, terdapat satu set sofa dengan berlatar belakangkan logo syarikat ini ia iaitu ديمة. 

Kami disambut lalu dibawa ke tingkat atas untuk ke bilik mesyuarat. Di bilik mesyuarat kami duduk mengelilingi meja berbentuk U dengan skrin besar di hadapannya.

Jurucakap syarikat, En Abd Aziz berasal dari Kenya, memberikan penerangan kepada kami dengan dihadiri En Khalid Abu Muhammad, yang merupakan Presiden dan CEO syarikat.

Taklimat mengenai Syarikat Deemah. Syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 1984. 100% dimiliki oleh warga Saudi dengan kemampuan pengeluaran tahunannya sebanyak 120,000 tan setahun. Mempunyai 20 buah cawangan di seluruh Saudi dengan 5 buah kilang di Riyadh. Pekerjanya seramai 1,852 orang. Mempunyai 370 buah lori dan van pengedaran. Produknya dieksport ke 72 buah negara. Di tangga ketiga dalam pasaran barangan sejenisnya di Saudi. Di tangga kedua dalam pasaran biskut dan no 3 produk yang paling digemari oleh kanak-kanak di sini. Wah!! Power juga syarikat ni. Maklumat lanjut, korang tengok sendiri la di video anjang.

Lepas tu, pihak GISBH pula mengambil peluang membuat tayangan profile GISBH kepada mereka. Alhamdulillah Abu Muhammad sangat teruja melihat aktiviti syarikat GISBH dan terus bertanya, rombongan ada berapa hari di sini kerana beliau nak jamu kami di rumahnya. Begitulah pemurahnya orang Arab, mudah je nak jamu sedangkan kami ni ramai sangat. Pastu, selalunya kalau jamu, kambing yang keluar…. Ampun. 

Syarikat Deemah juga nampak peluang mengimport keperluan kilang mereka iaitu minyak masak dan CEO kilang memanggil Pengurus Pembelian Syarikat untuk berbincang bagaimana membawa barang asas ke sini yang diperlukan seperti minyak masak.

Di kesempatan ini juga, pimpinan GISBH membawa contoh biskut keluaran Syarikat dari Malaysia untuk mereka mencubanya biskut supaya dapat memahami citarasa orang Malaysia. 

Anjang ambil peluang bergambar dengan Abu Muhammad untuk tunjukkan kepada Yasin Jordan, kut-kut dia kenal. Abu Muhammad minta rombongan GISBH datang semula ke Riyadh setelah selesai program di Madinah kerana beliau nak menjamu rombongan Tuan Nasir.

Selepas perbincangan kami dibawa ke ground floor kilang di bahagian operasi tetapi tidak dibenarkan ambil gambar. Kilangnya sangat bersih dan kami dapat lihat bagaimana biskut diproses. Biskut lapis dengan krim, kuih ma’mul, biskut coklat dan banyak lagi.

Antara yang mengujakan ialah bahagian kilang pengeluaran chips bawang. Giler best. Nampak kentang segar berkotak-kotak dimasukkan ke dalam mesin. Melalui proses dibasuh, dikupas. Basuh je 3 kali. Ada dengan air panas, ada dengan air sejuk. Dipotong-potong nipis, dimasak atau goreng deep fried agaknya sebab semua proses dalam line mesin, tak nampak. Tiba-tiba dah keluar. Staf yang iringi kami ambil Chips Kentang yang panas-panas tanpa perisa tu untuk kami rasa. Perghh sedap gila. Terima kasih Tuan Nasir dan para pimpinan GISBH. GISBH kena ada kilang seperti ini. Setelah selesai di goreng, produk akan dibawa menggunkan conveyer ke bahagian atas untuk di masukkan di dalam sebuah bekas silinder dan digoyang-goyangkan. Rupanya di sini ia dicampur dengan perisa pedas, bbq dsb.

Sayangnya semua itu tak boleh ambil gambar. Korang percaya je la. Doakan GISBH berjaya mengusahakan produk-produk ini sendiri di Malaysia dan untuk permulaannya, cadangannya akan import dahulu produk mereka. 

Baik, kita ringkaskan setakat ini sahaja kali ini. Anjang pun tak ada internet ni. Ampun.

Dalam GMC depan Lilian Apartment, Buraydah, Qassim.

2.23 pm, Mei 28, 2021

Depan Hotel Apartment Lilian di Buraydah, Qassim sebelum bergerak ke Madinah.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *