Majlis Menandatangani Momorandum Persefahaman (MoU) antara GISBH dan DEEMAH
Majlis Menandatangai Momorandum Persefahaman (MoU) antara GISBH dan DEEMAH.
RIYADH 2 Jun 2021 – GISB Holdings Sdn Bhd hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
UNITED FOOD INDUSTRIES CORP. LTD. CO. atau lebih dikenali DEEMAH bagi menjalinkan persefahaman perniagaan di antara dua pihak.
Dengan termeterainya memorandum ini DEEMAH, yang beroperasi sebagai perusahaan dalam pembuatan dan pengeluaran produk makanan, telah bersetuju untuk melantik GISBH sebagai pengedar tunggal untuk mengedar dan menjual produk makanan DEEMAH untuk wilayah Asia Tenggara.
MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Presiden United Food Industries Corp. Ltd. Co., En Khaled M. Al-Akeel di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Saudi Arabia di Al Safarat, Riyadh, Saudi Arabia.
Majlis turut disaksikan oleh En Ahmad Irham Ikmal Hisham, Menteri Konselor sebagai wakil TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi, Dato’ Abd Razak Abdul Wahab yang sekarang berada di tanah air.
Antara yang hadir di pihak GISBH pula ialah Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, COO GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid dan Ahli Lembaga Penasihat GISBH Tuan Nik Hazani Nik Muhammad.
Dengan termeterainya memorandum ini, GISBH akan mengimpot produk-produk biskut terpilih yang terkenal keluaran Deemah dan dipasarkan ke seluruh Malaysia seterusnya ke Indonesia, Singapura dan Thailand.
Menjadi hasrat dan cita-cita pimpinan GISBH agar seluruh lapisan masyarakat Islam di Asia Tenggara khasnya memperolehi biskut yang benar-benar terjamin kehalalannya hasil tangan umat Islam sendiri.
Ia adalah hak asasi seluruh umat Islam demi mendapatkan hati yang bersih suci kerana hati seseorang itu ditempa mengikut apa yang ia makan.
Moga usaha-usaha ini menjadi sumbangan GISBH dalam melahirkan masyarakat umat Islam yang bertakwa yang bebas dari gejala maksiat dan keruntuhan akhlak dan kehilangan intergriti.