TOYOTA INNOVA 2.8 DIESEL KENDERAAN BARU GISBH HARAMAIN
TOYOTA INNOVA 2.8 DIESEL
KENDERAAN BARU GISBH HARAMAIN
- GISBH Haramain membeli kenderaan baru iaitu sebuah kereta Toyota Innova 8 tempat duduk.
- Toyota Innova 2021 ini digerakkan oleh kapasiti engin Diesel 2.8 Turbo CC. Oleh itu ia amat menjimatkan kerana minyak diesel masih sangat murah dibanding petrol di Saudi.
- Harga 1 liter Diesel di Saudi sekarang sebanyak 0.52 Riyal manakala harga Petrol RON 91 sebanyak 1.99 Riyal per liter dan Petrol RON 95 pula sebanyak 2.13 Riyal/L. Di Malaysia ada RON 97 dan Power Racing. Sini tarak…
- Biasa isi full tank GMC sebanyak 120 Riyal tetapi Innova ini full tank cuma 28 Riyal. Pergi balik Riyadh hanya 2 kali isi minyak, tak sampai 60 Riyal. Jimat giler.
- Tapi tentu tak sama keselesaan penumpang di antara GMC dengan Innova. Lebih-lebih lagi kewibawaan dan keterampilan.
- Untuk menjadi kenderaan pengiring ia sangat sesuai tetapi tidak ketika mengadakan ‘deal’ perniagaan atau menghadiri majlis rasmi di zaman majoriti manusia memandang زينة الحياة الدنيا
- Innova ini boleh dipecut maksimum selaju 170km (Kalau korang banyak duit la nak bayar saman 300-600-1000 Riyal) dengan penjimatan Fuel Economy (L/100 Km) 10.8.
- Moga dengan khidmat Innova ini dapat membantu kerja-kerja perjuangan GISBH yang semakin bertambah banyak di Saudi ini.
Depan Restoran Dana Pani
8.41am, Jun 9, 2021