MENJAMU SELERA DI RESTORAN YAMAN
MENJAMU SELERA DI RESTORAN YAMAN
Atas program Ziarah-Dakwah-Tijarah, malam ini kami makan di sebuah restoran makanan asli Yaman.
Restoran ini adalah atas cadangan Saudara Abdullah Al-Yamani sendiri kerana dia lebih mengetahui restoran mana yang paling baik di sini.
Nama restoran ini, Mata’im wa Makhabizah Ar Rifi At Tahamah
مطاعم ومخابذة الريف التهامة
Ia dibuka jam 11 pagi setiap hari dan ditutup jam 1 pagi.
Ia boleh menerima 400 orang pelanggan dalam satu masa.
Keperluan dapurnya setiap hari ialah sebanyak 100 ekor kambing muda yang setiap ekor bernilai 800 Riyal. Patutlah sup kambingnya lembut dan sedap, dia guna kambing muda.
Jualan hariannya sebanyak 200, 000 Riyal Saudi. Banyak giler! Harian ni, bukan bulanan.
Kami dijamu pelbagai jenis masakan berasaskan kambing, organ dalaman, ayam dan ikan. Ada nasi putih beras basmathi dan roti Yaman yang besar gedabak juga salatoh dan sup. Air… normal la di sini…Pepsi dan teh Aden.
Pemilik restoran bertanya kepada Tuan Nasir bagaimana kalau dia buka restoran Masakan Yaman di KL? Dia juga berhasrat hendak menjamu Tuan Nasir dan rombongan makan tengahari di rumahnya.
2. Maha Baiknya Allah yang melayan kami dengan macam-macam layanan di permusafiran kali ini. Moga kami dapat bersyukur.
Platinum Suites Hotel
12.23 am, Jun 12, 2021