AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Oud Sahabat Made by IKHWAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

‘OUD SAHABAT’ DI JEDDAH

  1. Fitrah manusia sukakan wangi-wangian dan tidak suka sesuatu yang busuk. Islam pula adalah agama fitrah, maka wangi-wangian digalakkan dalam Islam sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
  1. Antara sunnah dalam wangian. Nabi SAW mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat tertentu maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana ia adalah nikmat kurnian Allah SWT kepada manusia. Nabi SAW sentiasa mendapatkan wangian sama ada dengan dengan membelinya atau menggunakannya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ عُرِضَ عَلَيْهِ طِيبٌ فَلَا يَرُدَّهُ فَإِنَّهُ طَيِّبُ الرِّيحِخَفِيفُ الْمَحْمَلِ

Dari Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa ditawarkan minyak wangi janganlah menolak, kerana minyak wangi itu sedap aromanya dan ringan membawanya.” (HR Abu Dawud)

Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. Para malaikat sangat menyukainya sedangkan, syaitan amat membencinya.

Allah telah kurniakan kepada diri Nabi SAW wangian semulajadi. Jasad dan peluh Nabi SAW lebih wangi daripada kasturi sedangkan peluh kita manusia biasa busuk baunya. Suatu hari baginda tidur di rumah Ummu Salamah. Lalu Ummu Salamah membawa bekas mengumpul peluh yang ada di lengan baginda. Lengan Nabi S.A.W berpeluh dan diambil olehnya (Ummu Salamah). Baginda terjaga dan bersabda: “Apa yang kau buat, Ummu Sulaim?” Dia Menjawab : “Ya Rasulullah, kami nakkan wangian yang terbaik untuk kami.” Dalam riwayat lain, “Kami jadikannya keberkatan untuk anak-anak kami.” Lalu Nabi SAW bersabda : “Kamu benar”

Ketika puterinya bernikah, Nabi jadikan wangian, 1/3 daripada mas kahwin Siti Fatimah.

Keharuman Nabi SAW orang lain akan tahu baginda melalui jalan tertentu. Kerana baginda memiliki wangian dan keharuman yang istimewa yang tidak ada pada orang lain. Hinggakan jika baginda menggosok kepala kanak-kanak akan diketahui melalui haruman yang ia telah disentuh baginda. Ini salah satu dari kebiasaan baginda, jika bertemu seorang kanak-kanak, baginda akan menggosok kepala budak itu, bercakap dan bergurau dengannya. Bila budak itu pulang ke rumahnya, keluarganya akan tahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi SAW, kerana mereka terbau haruman Nabi.

Rasulullah SAW sentiasa mengguna wangian samada ketika menunaikan solat, mengerjakan umrah, menerima tetamu, menghadiri majlis keramaian, menggunakannya pada hari Raya.

Sunat mengguna wangian ketika bersolat, ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat para isteri menyapu wangian kepada suaminya. Begitu juga suami kepada isterinya. 

Wangian ialah sunnah yang sentiasa diamalkan. Maksudnya seorang disunatkan sentiasa menggunakan wangian. Malah berlebihan dalam menggunakan wangian tidak mengapa.

Rasulullah SAW bersabda, “Tiga perkara dunia yang aku sukai adalah perempuan, wangian dan dijadikannya sembahyang sebagai penyejuk hatiku,” (HR Imam Ahmad).

Oleh kerana itulah pimpinan GISBH khasnya Pengerusi Eksekutifnya, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali sangat menyukai minyak wangi khasnya Oud atau Gaharu.

Kecintaan beliau kepada wangian yang membawa ingatan dan perasaannya kepada Rasulullah SAW mendorong beliau mengadakan kerjasama dengan seorang pengusaha Gaharu terkenal En Ariffin Embong atau Tok Ipin MRSOL yang mempunyai 10 ribu batang pokok Gaharu dan telah mempunyai produk wangian dari Gaharu seperti minyak wangi dan bukhur (untuk dibakar)

Tuan Nasir sendiri telah memulakan produk minyak wangi Ikhwan dengan jenama ‘Oud Sahabat’ untuk menjadi aksesori staf GISBH di mana sahaja mereka berada.

Pada 11hb Jun 2021 baru-baru ini, rombongan GISBH telah menziarahi kilang minyak wangi International Designer Perfume Factory atau مصنع المصمم العالميللعطور di Jeddah.

Masuk je pintu kawasan Pejabat pentadbiran terus berbau wangi, dah memang kilang minyak wangi. Kami dilayan oleh anak pemilik kilang sendiri iaitu saudara Faisal. Beliau masih muda, kelahiran Saudi tetapi berasal dari India.

Kilang minyak wangi ini menyediakan pelbagai produk minyak wangi seperti minyak wangi semburan, calitan, krim dan losyen, semburan badan, semburan bilik, bakhur (untuk dibakar)

Uniknya kilang ini ialah ia menyediakan produk minyak wangi daripada A-Z kecuali botol sahaja. Ertinya mereka dapatkan bahan asas minyak wangi dan membuat campurannya, design dan buat kotak atau bungkusannya hingga jadi produk yang siap untuk dipanarkan.

GISBH boleh menempah khas minyak wangi dengan aroma dan bau yang khas dengan brand GISBH di sini.

Untuk tempahan pertama ini GISBH akan mengambil 3 kategori wangian secara single iaitu: a. Wangian Semburan b. Wangian Calitan (دهن) c. Bukhoor, masing-masing dengan kotak tersendiri yang menarik.

GISBH juga menempah pakej 3 wangian tadi yang disekalikan, 3 dalam satu pack.

Moga segala usaha GISBH ini akan menarik minat umat Islam di seluruh dunia untuk berwangi-wangian atas dasar mencintai dan merindui Nabi Muhammad SAW. Moga ia menjadi sebab untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat.

Platinum Suites Hotel

4.28pm, Jun 12, 2021

Jemput sarapan

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *