AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Meeting di Kilang Deemah, Riyadh

Kongsikan kepada yang lain
Share

MEETING DI DEEMAH

  1. Hari ini ada meeting lagi di Deemah atau UNITED FOOD INDUSTRIES CORP. LTD. CO. dan inilah sebabnya kami datang semula ke Riyadh ni. Ini kali ke 5, anjang sampai Riyadh.
  1. Selepas sarapan di hotel tempat kami menginap, kami terus ke Kilang Deemah untuk bertemu En Abd Aziz Kenya.
  2. Elok sampai di gate kilang, pengawal keselamatan macam dah kenal kami dan persilakan masuk mungkin sebab dah kerap ke sini dalam sebulan dua ni.
  3. Kami di sambut oleh En Aziz yang bertanggung jawab di bahagian marketing lalu dibawa ke meeting room. Beliau ingat semua nama kami kecuali anjang je. Hehehe AM tak popular. Tuan Nasir dan Dato’ Lokman sangat dia ingat. Tuan Hasnan dia panggil Syeikh Hasanan. Tuan Usu dia panggil Abu Fulus sebab pegang kewangan. Tuan Abil dia panggil Muhammad je, nama pertamanya.
  4. Meeting kali ini untuk confirmkan
    a. Jenis-jenis biskut yang hendak ditempah.
    b. Kuantiti tempahan setiap biskut.
    c. Kedudukan logo Ikhwan Brand dan logo Deemah di plastik produk biskut.
    d. Beberapa perubahan jenis dan resepi biskut.
    e. Diharap dapat disekalikan juga Chips keluaran Deemah untuk penghantaran ke Malaysia.
  5. Bukan sedikit modal yang diperlukan untuk menghantar biskut ini apabila melibatkan tempahan per kontena. Angka kosnya mencapai jutaan jika banyak kontena yang ditempah.
  6. Demi menyelesaikan tuntutan Fardhu Kifayah, GISBH komited untuk teruskan usaha ini. Kerana projek Fardhu Kifayah begini semua Umat Islam wajib usahakan tanpa memikirkan untung atau rugi kerana ia melibatkan dosa jika diabaikan. Ya kosnya sangat tinggi. Itu belum masuk tempahan air dengan Syarikat Amoudy dan Syarikat Muhammad Saed. Juga projek kurma dan minyak wangi dari Uncle Fared yang bukanlah Fardhu Kifayah tetapi demi menambah rindu kepada Junjungan Nabi kita, akan GISBH teruskan.
  7. Sepanjang meeting, Mr Abdul Aziz sangat memberi kerjasama dan mencadangkan idea-idea yang baik khasnya berkaitan produk dan pemasaran.
  8. Beberapa pihak telah bertanya anjang bagaimana untuk mendapatkan biskut ini dan ada juga bertanya bolehkah mereka menjadi wakil penjual. Anjang tak dapat memberi jawapan yang sempurna kerana produk ini belum sampai ke Malaysia lagi malah masih banyak proses perlu dilalui.
  9. InsyaAllah ia akan dipasarkan di seluruh Pasar Raya Ikhwan, Ikhwan Mart, rangkaian restoran Ikhwan dan Bakeri Ikhwan. Doa daripada seluruh Muslim di Malaysia khasnya sangat diperlukan agar Allah bantu usaha-usaha ini dengan rahmat dan berkat daripada-Nya. Kalau Allah bantu, semua yang susah jadi mudah. Ya Allah bantulah kami. Kabulkan doa-doa pemimpin kami. Cukupkan keperluan-keperluan kami. أنت المستعان يا ربّ

104 Hotel Myrtle, Riyadh
10.23PM, Jun 20, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *