AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

SIAPA KUASAI DUNIA?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jangan terus jawab. Fikir dulu. Amati dulu. Adakah mereka yang majoriti menguasai dunia atau minoriti? Kat seluruh dunia ni, majoriti manusia ni mengikut sahaja atau mereka yang menentukan halatuju?

Kalau diteliti, yang kuasai dunia ini sebenarnya minoriti. Minoriti yang ada cita-cita. Yang lain banyak jadi pak turut sahaja. Ikut sukarela atau terpaksa kerana suasana. Maklumlah tak ada cita-cita, ikut je la apa yang berlaku di kalangan orang ramai. Nanti orang kata apa pulak. Mereka tak fikirkan apa Allah firmankan:

وَاِنۡ تُطِعۡ اَكۡثَرَ مَنۡ فِى الۡاَرۡضِ يُضِلُّوۡكَ عَنۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ‌ؕ اِنۡ يَّتَّبِعُوۡنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنۡ هُمۡ اِلَّا يَخۡرُصُوۡنَ‏

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Al-Ana’am: 116

Kita kena ada cita-cita. Walaupun kita minoriti. Kerana ada satu kaum yang bilangan mereka hanya minoriti tetapi mempunyai pengaruh yang besar satu dunia sebab mereka ada cita-cita walaupun mereka batil. Mengapa kita yang dalam kebenaran membawa Tuhan Yang Al Haq dan syariat-Nya yang Hanif tak punya cita-cita?

Sibatil tumpahkan cita-cita mereka dalam ekonomi, politik, perbankan, budaya, media …. Maaf cakap hatta dalam makan minum yang kita suapkan ke mulut kita dan anak isteri kita, mereka kuasai, kita masih selamba tak berusaha membela agama ini, telah lenyap ke cita-cita di hati kita walhal kita ikrarkan setiap kali sembahyang?

إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dah lama kita dengar tentang biskut ini dan dah banyak kek dan pelbagai makanan kita masukkan biskut ini sedar atau tanpa sedar dengan cita-cita pihak lain menguasai akal dan hati kita. Sesungguhnya hati itu ditempa melalui apa yang kita makan.

Berikut ialah terjemahan video di atas:

Pernahkah anda perhatikan corak2 pada biskut Oreo?

Lihatlah dan perhatikan bentuk-bentuk yang berlainan, seperti di sini bentuk antena, bentuk pelik ini dan ada bentuk corak yg berulang-ulang di sekeliling biskut.

Kita mulakan dengan bentuk (antena) ini, yang sangat mirip dengan bentuk (salib syaitan) ini. Lihatlah sekali lagi biskut ini, lihatlah logo (salib syaitan) yang sama dengan bentuk antena pada biskut ini.

Dan lihatlah pula bentuk objek ini yang kelihatan sama seperti simbol Freemason.

Dan corak mengelilingi biskut ini sangat mirip dengan salib Malta.

Dan perkataan OREO ini mirip kepada istilah Yunani lama ORAIOS yang bermaksud ular Mesir URAEUS. Perhatikan bagaimana sebutan RE pada Oreo. RE
adalah istilah matahari dalam bahasa Mesir yang bermaksud emas.

Menurut kod yahudi GEMATRIA, perkataan Oreo cookie bersamaan nombor 666 iaitu simbol Dajjal.

Dan perkataan cookie juga bersamaan nombor 322 yg dikaitkan dgn Order 322 iaitu satu persatuan yg menjadi cabang Illuminati

Mungkin biskut ini sembunyikan rahsia gelap yang kita tak jangkakan.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *