AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

IBADAH HAJI TAHUN 2021

Kongsikan kepada yang lain
Share
Anjang di seberang jalan berhadapan dengan Bukit di mana Nabi Allah Ismail dibaringkan untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya Allah ganti dengam seekor kibasy

Kalau masuk ke Mekah contohnya dari Jeddah akan terdapat banyak sekatan jalanraya untuk pastikan mereka yang masuk Kota Mekah untuk menunaikan haji tahun ini benar-benar telah memperolehi tasrih haji.

Berbagai cara dibuat oleh pihak keselamatan Saudi untuk memastikan tiada yang menipu. Ada yang diperiksa bahagian dalam baju kerana pernah ada yang guna taktik, di luar pakaian biasa, dalam dah pakai ihram.

Boot kereta pun di periksa, jika ada membawa bagasi yang boleh jadi petunjuk mereka ingin mengerjakan haji, mereka akan diarahkan berpatah balik.

Dengan orang luar seperti kami, mereka lebih berlunak dengan bertanya, “Kamu semua nak tunaikan ibadah Haji ke?” Bila dijawab, “Tidak, kami datang dengan visa bisnes.” Polis itu tersenyum dan berkata, “Bukan apa, kalau kamu nak tunaikan haji, aku nak minta doakan aku…” Hehehe taktik lama, nak cover.

Mereka yang berihram haji, kena Parking kenderaan di Pakir khas bersebelahan dengan chek point dan akan diangkut menaiki bas khas. Kenderaan persendirian dari luar Mekah tidak dibenarkan masuk Mekah.

Selain disyaratkan telah selesai mengambil vaksin, para jemaah haji perlu membayar yuran haji yang pada pendapat anjang sangat tinggi iaitu minimum 12 ribu Riyal. Tak mampu anjang sediakan. Jadi tahun ni, kami tak tunaikan haji. Terakhir kami tunaikan haji 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2019 bersama Almarhum Tuan Mohd Rasidi Abdullah. Moga Allah terima niat kita semua yang ingin tunaikan haji tahun ini dengan diberikan pahala mengerjakannya walaupun kita hanya menyambutnya di rumah.

Vila GISBH Mekah
9.32pm, Jul 18, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *