AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

AKTIVITI RPU JELEBU

Kongsikan kepada yang lain
Share

Terima kasih para pimpinan GISBH mendidik kami semua khasnya YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, YH Dato’ Lokman Hakim, YBhg Tuan Fadhil Yasin dan Tuan Adib, tak lupa juga Pak Latip hingga terbangunnya PLRPU di Jelebu ini. Mari kita lihat aktiviti RPU melalui gambar.

Sedutan dari FB Pak Latip bertarikh 3hb Nov 2019.

Remaja Ikhwan GISBH tanah berkat Jelebu dapat pujian penduduk kampung…

Bila ada majlis kenduri jika dijemput mereka akan datang. Bukan sebagai tetamu jemputan tetapi sebagai “orang pangkal”. Tanpa disuruh arah mereka turut memasak, membasuh pinggan dan sebagainya. Dan mereka tidak meminta upah.

Selain itu mereka tidak merokok, tidak pernah kelihatan duduk di tepi jalan memerhati orang yang lalu lalang. Mereka juga sering datang ke masjid untuk solat berjemaah…

“Betulkah mereka bekas orang Arqam?” Ada yang bertanya begitu. Maklum saja bila ada majlis kenduri ramai tetamu jemputan dari luar yang datang.

“Mereka lahir selepas Arqam diharamkan. Kerana itu mereka tak tahu pun pasal Arqam,” begitu jawapan Pak Latip.

“Siapa yang mendidik mereka?”

“Jemaah mereka GISBH……….”

“Bagusnya kerana dapat mendidik anak-anak remaja bersikap mulia.”

Remaja GISBH Jelebu membantu kenduri masyarakat kampung.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *