TUAI PADI PERTAMA DI SAWAH PADI IKHWAN TEBU HITAM ROMPIN
SAWAH PADI IKHWAN TEBU HITAM ROMPIN TUAI PADI PERTAMA
Salam ceria.
Hari ini 24 ekar padi Ikhwan di Tebu Hitam, Rompin dituai buat pertama kalinya. Ia berita yang sangat mengembirakan. RPU bukan sahaja mampu berperanan di laut sebagai nelayan, di restoran-restoran sebagai chef dan pengendalinya, di media sebagai pengarah, pelakon, editor dll, pembangunan sebagai pelukis plan, membina bangunan, decor dalaman dll, sukan sunnah dan lain-lain bahkan di sawah bendang, yang penting ada pimpinan dari Pemimpin GISBH dan bimbingan dari orang lama jemaah.
Projek sawah padi yang dimulakan penerokaannya oleh mantan Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Mohd Rasidi Abdullah pada 14.3.2020 telah melepasi berbagai ujian antaranya kerja keras membongkar perdu pokok yang telah lama berada di tanah sawah itu dan merawat tanah yang terlalu berasid. Berkat doa dan kesungguhan, Allah datangkan bantuanNya dengan berlakunya banjir besar yang mengubah PH tanah.
Ujian bentuk lain pula, ada suara-suara cabaran dari penduduk tempatan mengatakan; “Korang akan cabut lari di malam hari!” Kerana mereka tak yakin staf pertanian dan RPU GISBH akan mampu bertahan mengusahakan sawah berkenaan, sebab orang lain telah usahakan tetapi gagal. Malah ada yang tak pernah usahakan langsung, hanya mengambil untuk menjual kayu balak dari hutan asal sahaja.
Pada 18.2.2021 YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH sudi merasmikan penanaman padi di sini sebagai meneruskan hasrat Almarhum Tuan Mohd Rasidi Abdullah, mantan Pengerusi Eksekutif GISBH. Sila klik link di bawah:
(https://youtu.be/upJgRh3JLKo)
Alhamdulillah hari ini, sawah padi dengan benih (MR269 – Padi Kebal) dituai seluas 24 ekar atau 4 petak.
Moga Allah jayakan seluruh usaha GISBH untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Aamiin ya Allah.
Restoran Nur Malaysia Mekah
9.16am, Jul 29, 2021