RPU Sabak Arang
RPU KLUSTER SABAK ARANG
GISBH KUALA LINGGI, MELAKA
Salam ceria.
Selepas Subuh seluruh staf GISBH akan berkumpul untuk mendengar kuliah dalam program yang dinamakan Kuliah Pagi Berkat. KPB diisi oleh samada pimpinan GISBH, lepasan agama atau golongan professional.
Di Sabak Arang ada beberapa team disusun mengikut tugasan masing-masing. Antaranya team yang bertugas mengambil kayu bakau untuk dibuat arang. Team ambil kayu bakau ini bergerak selepas program KPB. Mereka dibekalkan makanan untuk mengalas perut sepanjang berada di hutan bakau.
Moga suatu hari nanti Arang Ikhwan dari GISBH Sabak Arang akan berada di pasaran seluruh dunia sebagai arang untuk panggang daging, ayam, sate, BBQ samada di restoran atau ketika berehlah juga arang khas untuk membakar bukhar bagi mewangikan bilik dengan wangian dari kayu gaharu. Aamiin ya Allah…
RPU GISBH satu dunia semua sibuk nak bangunkan Islam sebagai cara hidup. Tak sempat nak jadi gengster bagai…
Sambungan mengorek longkang keliling penginapan.
Kedatangan En Pak Wahab menjelang maghrib dan sempat bersua dengan Hj Darus.
En Wahab kongsikan dengan Haji Darus, dia datang bawa baja untuk pokok buah, ia hadiah dari YBhg Tuan Nasir supaya lebat buah-buahan di dusun dan hasilnya dapat di manfaatkan ramai orang. Jelas wajah Haji Darus nampak gembira, “Terima kasih la ya..jemput la datang rumah!” pelawa Haji Darus kepada En Wahab.
En Wahab bermalam di Sabak, makan minum dan tempat tidurnya dan Amirul (pengiringnya) disiapkan oleh RPU di sini. Itulah kasih sayang, sampai dalam hutan pun berkasih sayang.
Antara aktiviti RPU di sini lalah, masuk ke hutan bakau untuk ambil kayu. Kali ini mereka bersama Abang Arqam & Abang Sudin yang banyak pengalaman menebang pokok bakau. Abang Arqam tu anak Hj Darus yang namanya diberi sempena jemaah Al Arqam kerana ketika dilahirkan, Hj Darus bersahabat dan berguru dengan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad.
Team pertanian pula memasang tiang buluh dan tali untuk pokok menjalar seperti kacang panjang, petola, peria juga kacang botol. Pokok rozel dah mula berputik, Alhamdulillah.
Aktiviti lain pula ialah membuang kulit kayu bakau sebelum dimasukkan ke dalam sabak. Kulit kayu dibuang dengan cara memukulnya dengan kayu pemukul. Kesemua kayu-kayu bakau ini mesti dibuang kulitnya sebelum masuk sabak untuk dibuat arang. Nampak tak? Setiap sesuatu yang berharga itu perlu melalui kesakitan dan keperitan sebelum membuahkan hasil yang sangat bernilai dan memberi manfaat ramai orang.
Unit Imarah atau Pembangunan pula bertugas render untuk lantai bilik makan. Mereka belajar membancuh simen, sukatan batu, pasir dan simen untuk buat simen konkrit. Berkenalan dengan besi BRC. Pasang simen untuk lantai dan me’render’nya. Jadi, RPU bukan hanya pandai render video tapi boleh render lantai simen juga. Apa-apa tugasan, jika dibuat memenuhi 5 syarat ibadah akan dikira sebagai amal bakti kita kepada Allah Taala.
Di sini pelbagai jenis latihan diperolehi. Moga Allah bantu setiap tugasan yang diberi. Ia adalah didikan untuk menguatkan jiwa sebagai persiapan diri seorang pejuang.
Ada juga yang bertugas memastikan pam air sungai untuk kegunaan harian. Ia tugasan yang sangat penting kerana air diperlukan untuk mensucikan diri untuk menunaikan ibadah.
Ya Allah, bantulah kluster Sabak Arang untuk mendapat jiwa pejuang. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat mahal tidak terdapat di mana-mana buku dan kitab. Ia diperolehi daripada kehidupan. Kesusahan dan kesulitan adalah guru yang baik kepada seorang pejuang, yang penting sentiasa mendapat panduan dan didikan berterusan dari pemimpin.
Vila GISBH Mekah
4.42pm, Jul 30, 2021