AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

NOSTALGIA KEDUA (Berpindah ke Cameron Highlands)

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tuan Pfordten

NOSTALGIA KEDUA

(Berpindah ke Cameron Highlands)

    Pada tiga perempat tahun 1941 Tuan Pfordten berhenti dari Rubber Plantation. Menurut ceritanya dia dah tak tahan dengan sikap tuan besarnya diestate Sungai Burung tersebut seorang yang alkoholic (pemabuk) dan prajudis sebab tuan Pfordten memeluk Islam. Saban malam dia memaksa tuan Pfordten kerumahnya untuk melayan dia berbual sambil tunggang arak dan dia suka marah2, memekek2 kalau ada sedikit perselisihan pendapat atau ada timbul sikit2 masalah dalam pengurusan tempat kerja. Tuan Pfordten dah berhenti minum alkohol sejak memeluk Islam malahan hisap tembakau paip pun dia dah tinggal kan walaupun dirumahnya masih ada tergantung koleksi berpuluh2 paip yang berbagai jenama dan bentuk digantung pada ranting kering sebagai hiasan.

    Dari Sungai Burung tuan Pfordten dan Che’ Jam berserta kami tiga beradik: Ahmad, Rahim dan Salleh berpindah ke Cameron Highlands tinggal disebuah cottage yang dibeli oleh tuan Pfordten di Kampung Raja. Tuan Pfordten dapat kerja sebagai pengurus ladang teh ‘Perlong Velly Estate di Tringkap tak jauh dari kampung Raja. Tuan Pfordten memang dah lama ingin nak bermastautin di Cemeron Highlands tu iaitu sejak beliau melancong buat kali pertama ke Cameron Highlands pada tahun 1930 kerana udaranya yang sangat nyaman dan suasana tenang serta aman damai di Cemeron Highlands.     

    Pada penghujung tahun 1941 tentera Jepun dibawah pegawai pemerentahnya Leftenan General Tomoyuki Yamashita telah masuk menjarah Tanah Melayu. Tentera daratnya masuk melalui Perlis dari Thailand dan tentera laut nya masuk melalui negeri Kelantan. Berlakulah pertempuran dengan tentera British yang dibantu oleh pasukan tentera Punjab sebagai tentera upahan. Tentera Jepun terus mara ke selatan. Tentera British dan pasukan Punjab terpaksa berundur ke selatan  dan ramai yang terbunuh disepanjang jalan.

    Seluruh warga British lelaki yang dewasa termasuk yang dah tua dikerah menjadi tentera oleh Penglima Pemerintah tentera British Tanah Melayu pada ketika itu Marsyal Udara Sir Robert Brook Popham. Tuan Pfordten pada ketika itu sudah berusia lima puluh enam tahun. Pada suatu hari tuan Pfordten telah keluar bertugas dan menjalani latihan tentera dikem Tanah Rata dibawah pimpinan captain H.F. Bloxham, seorang bekas tentera British diAfrika berkelulusan Veterinary Doctor yang menjalankan perniagaan menjaga dan merawat kuda2 lumba Perek Turf Club dari Ipoh setiap kali  tamat perlumbaan di pusat penjagaannya dibatu 33 jalan Tapah ke Cameron Highlands. SEJAK ITU TUAN PFORDTEN HILANG GHAIB ENTAH KE MANA tanpa khabar berita.

    Tinggallah mak Jam bersama tiga orang anak: Ahmad tiga tahun, Rahim setahun enam bulan dan Salleh enam bulan. Duit hanya tinggal beberapa ringgit. Tunggulah kepulangan tuan Pfordten dari pagi kepetang, dari petang ke malam, dari malam kepagi. Hari demi hari dengan perasaan gundah-gulana dan cemas serta rembesan air mata. Pada ketika itu di Cameron Highlands tak ramai penduduknya terutama orang Islam hanya beberapa kerat, terdiri dari bangsa Pakistan.

    Akrirnya mak Jam didatangi oleh beberapa orang kawan tuan Pfordten: Eddy Gomez seorang pemandu teksi berbangsa Serani, Shau Ku seorang pekebun sayur dan Mutu pemandu Jeep Prolong Velly Estate. Merekalah yang menghulurkan bantuan.    

    Eddy telah membawa kami empat beranak ke Bintang Hotel, sekarang ini Cameron Highlands Hotel yang terletak dipesisiran padang golf di antara pekan Brinchang dengan pekan Tanah Rata. Kami menumpang dirumah pak Mat dan isterinya mak Som, orang Parit Buntar. Mak Som ini kakak kepada pakngah Hamid ayah pada Aziz. Isteri pada pakngah Hamid ini maklong Shamsiah. Mereka ada rumah diTaman Sedia. Pak Mat jadi pemandu teksi hotel tersebut. Setelah sebulan menumpang hidup disitu tanpa wang belanja, mak Jam bercadang nak balik kekampung Bagan Dalam, di Seberang Perai. Kebetulan pada ketika itu paklang Pie’ adik pak Mat ada datang melawat abangnya dan nak Balik semula ke Parit Buntar.

    Pak Mat menghantar kami dengan teksinya ke stesen kereta api Tapah Road. Kami naik kereta api menumpang coach cargo yakni gerabak bawa barang. Perjalanan mengambil masa seminggu untuk sampai keParit Buntar kerana banyak landasan kereta api yang rosak terkena bom terpaksa dibaiki. Memasak nasi dan lauk pun dalam gerabak tersebut. 

    DiParit Buntar kami tinggal menumpang dirumah paklang Pie’ selama sebulan. Duit tak ada makan minum susah. Keluarga paklang Pie’ pun orang susah. Susu badan mak Jam pun kering. Nak beli susu pun tak berduit. Salleh hanya minum air gula. Selepas itu paklang Pie’ hantar kami balik kampung mak Jam di Bagan Dalam menumpang dirumah nek Minah, ibu kepada mak Jam. Suami nek Minah, tok Dolah bekerja sebagai nelayan. Atas permintaan keluarga pak lang Pie’, Salleh ditinggalkan dirumah paklang Pie’ dan mereka berjanji akan serah balik bila keadaan sesuai.

    DiBagan dalam tok Su Daharah ipar kepada nek Minah minta nak pegi ambil Salleh di Parit Buntar. Dia sewa lancha pergi mengambil Salleh keParit Buntar iaitu kenderaan beroda dua yang ditarik oleh manusia. Jarak antara Parit Buntar dengan Bagan Dalam kira2 dua puluh batu. Sejak itu Saleh tinggal dengannya. Suami nya toksu Chen bekerja sebagai ‘serang’ kapal dagang, agak senanglah makan-minum keluarga itu. Satu keistimewaan toksu Daharah ini, sangat pemurah orangnya suka membela saudara-mara yang susah. Mana2 anak2 saudara yang miskin atau yatim diambilnya, dibela sebagai anak angkat. Hampir dua puluh orang semuanya termasuk Salleh.

    Mak Jam dengan dua orang anak nya, Ahmad dan Rahim kian sempit kehidupannya dengan menumpang dan akhirnya dengan pakatan saudara mara mak Jam dibawa kepejabat agama, buat tuntutan fasah dengan tuan Pfordten kerana telah lama meninggalkannya tanpa nafqah dan selepas habis e’dah telah dikahwinkan dengan pak Kasim, seorang yang ada hubungan keluarga atas dasar pembelaan, yang bekerja sebagai anak kapal dagang maka lepaslah makan minum dan hasil perkahwinan itu telah dikurnia kan seorang anak perempuan, Siti Rofeah yang lahir pada 10.4.1944.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *